Make your own free website on Tripod.com

JENIS-JENIS DARAH 

Ada dua jenis sistem darah utama iaitu sistem ABO dan sistem Rhesus.

Jenis darah seseorang individu bergantung kepada 'allele'. Setiap orang mempunyai dua allele - satu diambil dari bapa dan satu dari ibu. Sepasang allele ini dipanggil 'genotype'.

'Allele' ialah satu bentuk informasi genetik yang berada di dalam DNA kita dan terletak di lokasi yang telah ditetapkan pada kromosom yang telah ditetapkan.

 

Sistem ABO

Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O.

Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang ada ialah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo.

Allele A dan allele B adalah allele yang dominant (berpengaruh) manakala allele O adalah allele yang recessive (tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.

Jenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah.

Genotype

Jenis darah

Catatan

AA

A

 

Ao

A

Oleh kerana "A" dominant dan "o" recessive, jenis darah mengikut jenis yang dominant

AB

AB

"A" dan "B" kedua-duanya dominant. Oleh itu jenis darah ialah AB

BB

B

 

Bo

B

Oleh kerana "B" dominant dan "o" recessive, jenis darah mengikut jenis yang dominant

oo

O

 

Contohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao dengan melakukan ujian DNA.

 

Darah anak anda

Genotype anak anda diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atau Ao) dan ayah berdarah AB (genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan.

Kemungkinan 1 - Ibu AA dan ayah AB

Perlukan sambungan ke internet

Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku ialah:

bullet

50% kemungkinan anak berdarah A dan

bullet

50% kemungkinan anak berdarah AB.

Bagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah). Sila lihat rajah di bawah pula.

Kemungkinan 2 - Ibu Ao dan ayah AB

Perlukan sambungan ke internet

Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB :

bullet

50% kemungkinan anak berdarah A

bullet

25% kemungkinan darah AB dan

bullet

25% kemungkinan darah B.

Jika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas - sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB - kita boleh membuat pengiraan:

Kemungkinan darah anak

Kekerapan

Peratus kemungkinan

Jenis A

4 kali

4 / 8 x 100 = 50%

Jenis B

1 kali

1 / 8 x 100 = 12.5%

Jenis AB

3 kali

3 / 8 x 100 = 37.5%

Jenis O

-

0 / 8 x 100 = 0%

Kesimpulannya, sekiranya ibu berdarah A dan ayah AB, kemungkinan tertinggi anak akan berdarah A.  Anak juga TIDAK berkemungkinan berdarah O.

 

Latihan

Apakah kemungkinan darah anak sekiranya ibubapanya berdarah A dan B ?

Jawapan : A - 18.75%, B - 18.75%, AB - 56.25% dan O - 6.25%

 

Pendermaan darah

Siapakah yang boleh menderma darah dan kepada siapa? Untuk menjawabnya, anda perlu memahami konsep di bawah ini.

Selepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.

Antibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan. Ini kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi satu proses dikenali sebagai "haemolytic transfusion reaction" akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.

Proses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.

Jenis darah

Genotype

Antigens

Serum Antibodi

A

AA, Ao

A, H

anti-B

B

BB, Bo

B, H

anti-A

AB

AB

A, B, H

-

O

oo

H

anti-A, anti-B

Sebagai panduan:

bullet

Jenis A - Ada antibodi terhadap B. Boleh menerima A dan O.

bullet

Jenis B - Ada antibodi terhadap A. Boleh menerima B dan O.

bullet

Jenis AB - Tidak ada antibodi. Boleh menerima A, B, AB dan O. Dipanggil universal recipient kerana boleh menerima semua jenis darah lain.

bullet

Jenis O - Ada antibodi terhadap A, B dan AB. Boleh menerima O sahaja. Dipanggil universal donor kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain.

Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.

 

Sistem Rhesus (Rh)

Selepas sistem ABO, sistem yang terpenting ialah sistem Rhesus. Ada dua kemungkinan - seseorang itu berdarah Rhesus positive atau Rhesus negative sahaja.

Ada dua jenis allele iaitu Rh+ dan Rh- dan ia tidak bergantung kepada jenis darah ABO seseorang itu. Seseorang yang Rh positive mempunyai genotype:

bullet

dua allele Rh+. Ia juga ditulis sebagai Rh+/Rh+  , ataupun satu lagi kemungkinan

bullet

satu allele Rh+ dan satu Rh-. Ia ditulis sebagai Rh+/Rh-

Seseorang yang Rh negative mempunyai genotype dari dua Rh- iaitu Rh-/Rh-

Rhesus

Genotypes

Rh positive

Rh+/Rh
Rh+/Rh-

Rh negative

Rh-/Rh-

Seperti juga sistem ABO, setiap bapa akan memberikan satu allele Rh dan ibu memberikan satu allele Rh kepada anak mereka.

 

Komplikasi semasa mengandung

Semasa kelahiran anak, darah dari bayi boleh memasuki saluran darah ibu. Proses ini tidak mendatangkan masalah walaupun jenis darah ABO anak dan ibu berlainan. 

Bagaimanapun sekiranya darah ini tidak serasi dari segi Rhesus, ibu akan membentuk antibodi terhadap jenis darah anak yang masuk itu dan ini boleh membahayakan proses mengandung seterusnya, iaitu anak kedua dan seterusnya.

Masalah ini berlaku bila ibu berdarah Rh negative dan ayah Rh positive. Siibu akan memberikan satu Rh- kepada anak dan ayah akan memberikan satu Rh+ atau Rh- kepada anak (bergantung kepada genotype - sila lihat di atas bahawa Rh positive boleh jadi Rh+/Rh- atau Rh+/Rh+). Sekiranya ayah memberikan Rh+ dan bukannya Rh- kepada anak, akan timbul masalah ini. Ini kerana anak berdarah Rh positive (kerana genotype anak ialah Rh+/Rh-) manakala ibu berdarah Rh negative. Oleh itu darah ibu dan anak tidak serasi.

Kelahiran anak pertama selalunya tidak menyebabkan masalah. Ini kerana ibu yang mempunyai Rh negative belum terdedah kepada Rh positive dari bayi, dan oleh itu ibu belum lagi membentuk antibodi terhadap Rh+.

Sekiranya anak kedua mempunyai Rh positive, antibodi yang telah terbentuk di dalam badan ibu akan bertindak ke atasnya dan ini membahayakan bayi tersebut.

Oleh itu, bagi kes seperti ini, pemeriksaan berterusan semasa mengandung adalah diperlukan.

Dapatkan pemeriksaan jenis darah dari Farmasi Anis, Serdang. Hanya dengan RM 12.00, anda akan diberikan jawapan dalam masa beberapa minit. Kad (seperti di kiri) akan diberikan kepada anda untuk disimpan sebagai rujukan terutamanya pada masa kecemasan. Kad kecil ini boleh disimpan di dalam dompet anda.