Make your own free website on Tripod.com

ANTI-OKSIDANT

Free Radicals dan Anti-Oksidants

Free radicals (FR) adalah bahan yang tidak stabil dan merbahaya, terutamanya jika ia berlaku dalam kuantiti yang besar atau banyak.

Kementerian Pertanian, Perikanan dan Makanan, UK menyatakan bahawa sekali sedutan rokok mengandungi sehingga 10 ganda 28 (1028) FR. US Environmental Protection Agency pula dalam kajian pada 1997 menyatakan bahawa daripada 75,000 bahan sintetik baru yang dikeluarkan dan dibuang ke dalam persekitaran, kurang daripada separuh dripadanya menjalani ujian untuk menentukan sama ada ia merbahaya kepada badan kita atau tidak.

Bahan-bahan toksin dan FR ini memberikan tekanan yang berat pada badan kita, lebih-lebih lagi pada sistem pernafasan. Pertambahan kandungan FR dalam udara yang datang dari asap kilang, asap kenderaan, radiasi, cahaya matahari (UV), rokok, ubatan yang kuat dan bahan-bahan kimia seperti perencah di dalam makanan, dsb. menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi semakin hari semakin lemah. Akibatnya badan kita lebih mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan virus, pertambahan kes-kes asma berlaku, mudah diserang alahan (allergik), dsb. Badan kita sebenarnya berupaya menghasilkan beberapa jenis anti-oksidant seperti superoxide dismutase, catalase, glutathione peroxidase, dsb. Bagaimanapun bila berlaku pertambahan pada FR, bahan yang dihasilkan ini mungkin tidak dapat membantu kita sepenuhnya lagi.

FR boleh merosakkan DNA, protin, karbohidrat dan lemak badan kita.

 

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil?

Langkah-langkah seperti menjauhkan diri dari sumber FR hendaklah diambil. Selain daripada itu, pengambilan anti-oksidant didapati boleh membantu mengatasi masalah ini.

Antara anti-oksidant yang sering diperkatakan ialah carotenoids - dalam karot dan tomato, procyanidins - dalam grapeseed, vitamin A, vitamin C,  vitamin E, vitamin B6, zink, magnesium, manganesem, molybdenum, selenium dan co-Enyme Q10.

Co-Enzymen Q10 adalah produk terkini yang sangat popular. Untuk membaca mengenainya sila ke coenzymeq10.htm.

Pelbagai kajian telah dipersembahkan mengenai keberkesanan anti-oksidant ini. Silalah membuat rujukan dengan doktor anda atau ahli farmasi berdekatan mengenai produk-produk ini. Sekiranya anda masih belum mengambil supplemen anti-oksidant, mungkin inilah masanya yang sesuai untuk anda bermula.

Secara ringkasnya, anti-oksidant berupaya:

  1. menentang FR

  2. meningkatkan daya menahan penyakit badan kita

  3. mengurangkan risiko penyakit jantung

  4. melambatkan proses penuaan

  5. mengurangkan risiko mendapat cataracts

  6. mengurangkan kejadian alahan 

  7. mengurangkan risiko mendapat jenis-jenis kanser yang tertentu.