ANTIBIOTIK
Antibiotik
membunuh kuman (bakteria). Ia tidak
membunuh kulat (fungus) dan virus. Oleh itu periksa dengan doktor anda
dahulu untuk menentukan sama ada penyakit anda disebabkan oleh virus,
kulat atau kuman. Sekiranya virus (contohnya boleh dikatakan 90% sakit
tekak disebabkan oleh virus) penggunaan antibiotik mungkin tidak perlu,
kecuali untuk menghalang secondary infection (jangkitan sekunder).
Penggunaan
antibiotik yang berlebihan dan tidak mengikut peraturan boleh membawa
kesan yang tidak baik seperti terjadinya resistance
(iaitu
antibiotik tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, jadi
pengambilannya tidak lagi dapat menghilangkan penyakit tersebut). Akhirnya
anda terpaksa menggunakan antibiotik daripada jenis lain.
Antara
perkara yang perlu diingat semasa mengambil antibiotik ialah:
|
Pastikan
anda menghabiskan semua antibiotik yang diberi.
Selalunya anda akan diberi stok untuk 3 hingga 5 hari. Habiskan
kesemuanya. Ini kerana tidak semua kuman itu mati setelah
mengambilnya selama, contohnya 2 hari, walaupun tanda-tanda sakit
anda telah hilang. Anda perlu menghabiskannya supaya semua kuman itu
mati. Ini penting untuk mengelakkan daripada resistance.
|
|
Makan
mengikut masa yang ditentukan.
Contohnya antibiotik yang perlu diambil 2 kali sehari perlulah diambil
setiap 12 jam. Antibiotik yang diambil 3 kali sehari perlu diambil
setiap 8 jam. Antibiotik yang diambil 4 kali sehari perlu diambil
setiap 6 jam. Ini untuk memastikan antibiotik tersebut sentiasa ada di
dalam badan anda. Kekerapan mengambilnya bergantung kepada jenis
antibiotik. Jenis antibiotik yang baru selalunya hanya perlu diambil 2
kali sehari (iaitu 12 jam sekali) atau sekali sehari.
|
|
Sesetengah
antibiotik perlu diambil sebelum makan.
Ini penting untuk meningkatkan penyerapan antibiotik ke dalam saluran
darah. Pengambilan antibiotik bersama-sama dengan sesetegah ubat lain,
contohnya ubat gastrik, boleh menyebabkan fungsi antibiotik
berkurangan. Di samping itu, sesetengah antibiotik menyebabkan anda
merasa loya dan muntah – oleh itu lebih baik diambil sebelum makan.
|
|
Sekiranya
anda mengambil probiotik (bakteria yang baik) seperti acidophilus
dsb., pastikan waktu pengambilannya dengan antibiotik tidak sama. Ini
kerana antibiotik membunuh semua jenis
kuman sama ada yang baik atau merbahaya. Contohnya,
untuk mendapatkan semua kebaikan yogurt (yang mengandungi bakteria
baik) jangan ambilnya semasa anda mengambil antibiotik.
|
|
Ramai
orang yang alahan dengan antibiotik.
Pengambilan sesetengah antibiotik seperti penicillin boleh menyebabkan
anda mengalami gatal-gatal yang teruk, dsb. Beritahu doktor anda
sekiranya anda alahan atau allergik dengan sebarang antibiotik. Anda
akan diberi antibiotik dari kumpulan yang lain.
|
|
Pengambilan
antibiotik yang membunuh bakteria boleh menyebabkan pertumbuhan
organisma lain terutamanya kulat.
Akibatnya,
pengambil akan lebih mudah mengalami penyakit yang berkaitan dengan
jangkitan kulat seperti keputihan (wanita) dsb. |
|