BAYI: SAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Penyakit ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Virus dari kumpulan ini yang paling kerap menyebabkan penyakit ini ialah virus coxsackieviruses dari strain A16 dan EV71.

Ia selalunya menjangkiti kanak-kanak berusia kurang daripada 3 hingga 5 tahun dan sering bermula di tempat-tempat penjagaan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak terkecuali. Bagaimanapun peratusannya hanyalah 10% dan selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda yang merbahaya.

 

Tanda-tanda

bullet

Jangkitan selalunya bermula dari tekak (seperti sakit tekak)

bullet

demam (suhu badan naik)

bullet

rashes / blister di bahagian tangan, kaki dan mulut. Kadang-kala ia terjadi pada punggung

bullet

blister di bahagian mulut menyebabkan bayi atau kanak-kanak menolak bila diberikan makanan. Masalah ini boleh menyebakan selera makan kanak-kanak terbabit terjejas

bullet

rasa pening dan lemah badan

bullet

muntah dan cirit-birit

Komplikasi dari jangkitan ini termasuklah jangkitan pada sistem saraf badan. Ini menyebabkan meningitis dan encephalitis (jangkitan bahagian kepala dan otak), lumpuh, masalah jantung dan pernafasan (seperti pulmonary oedema - cecair berkumpul di dalam paru-paru). Kanak-kanak haruslah mendapatkan bantuan kesihatan lanjut sekiranya ada tanda-tanda seperti:

bullet

rasa sakit di leher, tangan dan kaki

bullet

demam yang tidak surut selepasa pemberian ubat

bullet

tanda-tanda dehidrasi (kehilangan cecair badan) seperti kulit menjadi kering, berat badan menyusut dan air kencing menjadi gelap atau berkurangan

Kematian berlaku selalunya disebabkan oleh komplikasi terhadap jantung dan organ pernafasan. Pada tahun 1997, berpuluh-puluh kematian dilaporkan disebabkan oleh penyakit ini yang bermula di Sarawak.

 

Langkah-langkah yang perlu

Tidak ada ubat khusus yang boleh diambil untuk membunuh virus ini. Begitu juga, tidak ada vaksin untuk mengelakkannya daripada berlaku. Virus ini mudah berjangkit.

Langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah:

bullet

pengambilan paracetamol seperti Panadol untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal demam

bullet

amalkan kebersihan seperti selalu membasuh tangan selepas ke tandas dsb.

bullet

kurangkan duduk berhampiran dengan orang yang kena penyakit ini

bullet

virus ini mudah merebak melalui batuk, bersin dsb. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin

bullet

penggunaan alat-alat pemakanan seperti sudu dan garpu hendaklah diasingkan

bullet

ambil makanan dan minuman yang dimasak sahaja

bullet

pakaian dan tempat-tempat yang terkena pesakit atau ada tanda-tanda najis, kahak batuk atau bersin orang yang kena penyakit ini hendaklah dicuci dengan antiseptik

Pengambilan antibiotik tidak berkesan mengawal penyakit ini. Lihat antibiotik.htm. Pemberian aspirin atau methylsalicylate juga tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan-kesan buruk yang lain.