BAYI: KEMBUNG PERUT

Tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut (colic):

bullet

menangis atau menjerit yang kuat dan berterusan - selalunya semakin teruk pada waktu petang dan malam

bullet

bayi anda menarik-narik kakinya ke arah perut

bullet

kentut

bullet

muka menjadi merah

bullet

perut kembung selepas makan / minum susu  

 

Ada beberapa sebab kenapa kembung perut terjadi. Walaupun ia tidak berapa diketahui, kemungkinan ia berlaku kerana:

bullet

usus perut mengalami spasm

bullet

tertelan udara semasa minum susu atau semasa menangis

bullet

alahan kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa

bullet

lapar

bullet

tidak hadam makanan  

 

Cara-cara merawatnya:

Langkah-langkah yang tidak melibatkan penggunaan ubat boleh dilakukan: 

bullet

meletakkan tuala yang suam ke atas perut bayi boleh dilakukan

bullet

letakkan bayi di atas perutnya dan usap belakang badannya

bullet

gerakkan bayi anda secra berirama (dodoi)

bullet

alihkan perhatian bayi anda seperti memandikannya dsb.

Sekiranya tidak berjaya anda boleh cuba ubat-ubat ini:

bullet

Colimix

bullet

Infacol

bullet

Gripe water

bullet

Bonnisan syrup - persediaan herba yang juga bagus untuk menambah selera makan bayi

bullet

Minyak telon - sapu. Banyak jenama di pasaran

bullet

Minyak kayu putih (Eucaliptus) - sapu. Banyak jenama di pasaran

bullet

Yu Yee Oil - sapu