PEMBUKAAN SEBUAH FARMASI

Pembukaan sebuah farmasi runcit bermula dengan pencarian lokasi yang bersesuaian. Lokasi memainkan peranan yang paling penting untuk menentukan kejayaan sesebuah farmasi yang melakukan aktiviti runcit kerana ia bergantung kepada pelanggan yang lalu lalang (walk-in customers).

Bagaimanapun sebelum sebuah farmasi dibuka, ada beberapa keperluan yang mesti dipenuhi terlebih dahulu:

bullet

penubuhan sebuah syarikat, sama ada enterprise atau sendirian berhad. Syarikat Sdn Bhd lebih diutamakan kerana ia mempunyai modal berbayar (paid-up capital) yang lebih besar. Borang-borang yang akan disediakan oleh setiausaha syarikat (company secretary) setelah mendaftar dengan ROC (Registrar of Companies) ialah Borang 9, Borang 24 dan Borang 49. Borang-borang ini diperlukan semasa memohon lesen-lesen, membuka akaun bank dan juga membuka akaun dengan pengedar-pengedar (untuk mendapatkan ubat-ubatan).

bullet

telah ada seorang ahli farmasi yang akan bertugas sepenuh masa (sekurang-kurangnya 10pagi sehingga 6 petang). Ahli farmasi mestilah mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sarjana Muda dalam bidang farmasi dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kem Kesihatan Malaysia. Ahli farmasi ini perlu memohon lesen untuk melakukan aktiviti runcit (lesen A) dari Bahagian Farmasi, KKM.

Setelah sebuah premis yang sesuai diperolehi, perjanjian penyewaan perlulah dilakukan di antara penyewa (pembuka farmasi) dengan tuan punya premis tersebut. Setelah perkara ini diselesaikan, proses ubahsuai kedai bolehlah dilakukan. Semasa ubah suai, perlu diingat bahawa satu bahagian kedai perlu dikhususkan untuk menyimpan ubat-ubatan dan ia hendaklah dibuat dalam bentuk almari yang boleh dikunci. Kunci ini hendaklah disimpan oleh ahli farmasi sahaja.

Sementara itu, lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran perlu dipohon dan diperolehi.

Setelah lesen dari Majlis Perbandaran diperolehi dan ubahsuai kedai telah siap, pegawai penguatkuasa farmasi perlu dipanggil untuk melakukan penyiasatan terhadap design kedai. Setelah beliau berpuashati, barulah lesen farmasi (Lesen A) diberikan kepada farmasi tersebut. Lesen ini membolehkan ahli farmasi melakukan aktiviti membeli, menyimpan, menjual, mengimpot dan mengekspot ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai RACUN. Rekod yang bersesuaian perlulah disiapkan, contohnya, buku rekod ubat-ubatan untuk diisi oleh pembeli ubat dari farmasi.

 

Kewangan

Modal pembukaan sebuah farmasi boleh didapati melalui cara-cara berikut:

bullet

Menggunakan wang individu tanpa pinjaman bank. Peruntukan sebanyak RM 100,000 sehingga RM 200,000 diperlukan sebagai modal permulaan dan modal pusingan.

bullet

Menggunakan kemudahan pinjaman dari bank.

bullet

Meminjam dari institusi-institusi seperti MARA, dan yang paling terbaru melalui projek PROSPER yang dikelolakan oleh PUNB.

Pembukaan akaun bank sesebuah syarikat perlu mendapat kelulusan Board of Directors. Setelah borang-borang yang diperlukan disediakan dan surat dari setiausaha syarikat didapati, akaun bank bolehlah dibuka. Untuk menikmati kemudahan penggunaan cek bagi tujuan pembayaran kepada pengedar, dsb akaun semasa (Current Account) hendaklah dibuka.

 

Bekalan Barangan

Sebuah farmasi perlu menjual pelbagai jenis barang (lihat di atas) untuk menarik pelanggan ke farmasi. Selain daripada barangan untuk dijual, farmasi juga memerlukan barangan-barangan sampingan seperti botol-botol ubat, beg plastik, dsb yang boleh didapati dari pengedar-pengedar.

Untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan, vitamin dsb pula dari pengedar, sebuah akaun perlu dibuka terlebih dahulu. Kebanyakan pengedar akan meminta borang-borang yang telah dinyatakan tadi untuk tujuan pembukaan akaun.

Bergantung kepada pengedar, jenis-jenis kemudahan yang mereka berikan ialah:

bullet

pemberian (supply) barangan secara kredit. Dalam kes ini, barangan akan diberikan kepada farmasi dan kredit, contohnya 30 hari, 60 hari, 90 hari, dsb diberikan. Bayaran hanya akan diminta selepas tempoh kredit itu tamat. Ini adalah cara yang paling popular.

bullet

pemberian secara consignment. Dalam kes ini, barangan akan diberikan kepada farmasi dan bayaran hanya akan diminta selepas barangan tersebut terjual.

bullet

penjualan secara tunai di mana pembayaran perlu dibuat bila barangan diberikan. Ada juga pengedar yang mengenakan cara ini sebelum cara kredit diluluskan oleh pihak syarikat mereka.
Pembekal-pembekal selalunya datang ke farmasi untuk membuka akaun.
Ada juga kes-kes di mana pihak farmasi perlu menelefon dahulu syarikat tersebut dan mengumumkan pembukaan farmasi baru kepada mereka.

 

Promosi

Mengadakan promosi adalah penting untuk meningkatkan jualan farmasi terutamanya pada waktu-waktu awal pembukaan. Pelbagai jenis promosi boleh dibuat. Secara keseluruhannya ia bolehlah dibahagikan kepada dua:

bullet

Promosi dalaman (in-house promotion): Ia termasuklah pemberian diskaun kepada pelanggan, penyediaan kad diskaun untuk pelanggan tetap, dsb

bullet

Promosi luaran: Promosi jenis ini adalah seperti pengiklanan di dalam majalah sekolah, akhbar, penghantaran leaflets ke rumah-rumah, dsb.

Promosi juga memainkan peranan yang penting terutamanya pada era di mana persaingan antara farmasi-farmasi begitu sengit sekali. Promosi-promosi ini selalunya diharapkan dapat mencapai objektif meningkatkan penjualan dalam konteks:

bullet

meningkatkan bilangan pelanggan baru (terutamanya farmasi yang baru dibuka)

bullet

mengekalkan pelanggan lama supaya tidak perlu ke farmasi lain

bullet

menggalakkan pembelian yang lebih daripada seseorang pelanggan (terma yang digunakan ialah value per transaction iaitu jumlah pembelian bagi setiap pelanggan)