CO-ENZYME Q10 Coenzyme diertikan sebagai bahan yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul. Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon. Coenzyme Q10 adalah sejenis coenzyme yang juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa Inggeris ubiquitous yang bermakna 'didapati di mana-mana'. Ia didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita. Coenzyme Q10 adalah bahan yang larut di dalam lemak dan bentuknya seperti vitamin K. Ada orang yang memanggilnya 'Vitamin Q', walaupun ia bukanlah sejenis vitamin. Pembinaan Coenzyme Q10 di dalam badan kita memerlukan beberapa jenis mineral dan vitamin seperti vitamin B 2, B 3, B 6, asid folik, vitamin B 12, vitamin C dan asid pantothenic. Satu proses biokimia (sekurang-kurangnya 17 proses biokimia) di dalam badan berlaku dan Coenzyme Q10 dihasilkan.
Apakah fungsi Coenzyme Q10 di dalam badan kita ? Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. Proses pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita.
Sejarah Coenzyme Q10 Coenzyme Q10 dijumpai dan diasingkan dari mitochondria hati lembu oleh Dr. Frederick Crane dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1957. Pada tahun tersebut juga, Professor Morton dari England juga menjumpai benda yang sama daripada hati tikus dan memberikannya nama ubiquinone. Pada tahun 1958, Professor Karl Folkers dari Merck, Inc., telah mengenal pasti struktur kimia bahan ini iaitu 2,3 dimethoxy-5 methyl-6 decaprenyl benzoquinone dan menjadi orang pertama yang mengeluarkannya secara sintetik. Pada tahun 1960, Saintis Jepun, Professor Yamamura adalah orang pertama yang menggunakan coenzyme Q7 (kumpulan yang sama dengan Q10) untuk merawat penyakit congestive heart failure (CHF). Pada pertengah an tahun 1970, orang Jepun telah memulakan pengeluaran bahan ini dalam kuanti yang besar untuk tujuan kajian klinikal. Saintis Peter Mitchell telah menerima Hadiah Nobel kerana pembabitannya dalam kajian yang berkaitan dengan bahan ini.
Kegunaannya 1 - Sebagai anti-oksidant yang sangat baik. Persediaan-persediaan terbaru termasuklah krim muka yang boleh membantu memperlahankan proses penuaan (melalui sifat anti-oksidant bahan ini). 2 - Membantu dalam mengawal dan merawat sakit jantung.
3 - Banyak kajian telah dijalankan dan secara kasarnya Coenzyme didapati MUNGKIN boleh membantu dalam :
Sumber-sumber Sumber utama Coenzyme Q10 adalah dari pembinaannya di dalam badan kita sendiri. Sumber luaran utama Coenzyme Q10 pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran. Bahan ini juga boleh didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit. Bagaimanapun ia rosak dengan mudah melalui proses pemasakan. Adalah dijangka bahawa secara purata pengambilan Coenzyme Q10 oleh orang biasa dari pemakanan menyumbang sebanyak 5mg sehari sahaja. Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitochondria. Ia paling banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg. Kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat. Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.
Pengurangan kandungan Coenzyme Q10 Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%, pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina, sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dsb mula dirasai. (Sila rujuk kembali kegunaan Coenzyme Q10). Ada kajian yang mendapati kandungan bahan ini di dalam badan orang yang mengamalkan vegetarian adalah lebih tinggi.
Pengambilan / Dos yang disyorkan Pengambilan makanan tambahan Coenzyme Q10 yang disyorkan ialah antara 30mg hingga 300mg setiap hari. Kebanyakan kajian yang berkaitan dengan sakit jantung menggunakan dos sehingga 150mg sehari. Pesakit kanser mungkin memerlukan sehingga 400mg sehari. Oleh kerana ia larut di dalam lemak, ia lebih baik diambil bersama-sama dengan makanan yang berminyak. Ia harus diambil selepas makan. Dos yang tinggi tidak menyebabkan kesan-kesan sampingan. Bagaimanapun, data mengenai pengambilan semasa mengandung dan menyusukan bayi masih tidak lengkap. Oleh itu, kumpulan ini tidak disyorkan mengambilnya.
Interaksi dengan ubatan lain Pengambil ubat-ubatan ini disyorkan mengambil Coenzyme Q10 :
Pengambil ubat ini tidak disyorkan mengambil Coenzyme Q10 :
Masa hadapan Coenzyme Q10 adalah bahan baru. Masih banyak kajian yang sedang dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut keberkesanannya. Anda dinasihatkan membuat penilaian anda sendiri di samping meminta pandangan doktor dan pakar-pakar sebelum mengambilnya. Kajian setakat ini menunjukkan pengambilannya dalam dos yang tinggi sehingga 300mg tidak menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini, malah pengambilnya mendapat manfaat daripada bahan ini. Perlu diingat, bahawa pesakit yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk mengawal penyakit mereka seperti penyakit CHF mesti meneruskan pengambilan ubat-ubatan tersebut, dan tidak bergantung sepenuhnya pada Coenzyme Q10. |