Ovarian cysts

Ovarian cysts ialah ketumbuhan berbentuk sarung yang terjadi di bahagian ovari dan ia dipenuhi oleh cecair. Ovari ialah organ kecil yang terdapat pada sebelah kanan dan kiri saluran peranakan perempuan. Ia mengeluarkan telur setiap bulan, di samping mengeluarkan hormon oestrogen dan progesterone. 

Setiap bulan, semasa ovari mengeluarkan telur, satu struktur berbentuk seperti cysts yang dinamakan follikel, tumbuh di dalam ovari. Bila ia matang, follikel ini akan pecah dan telur-telur yang ada di dalam follikel ini pun dikeluarkan. Sekiranya tidak berlaku proses percantuman dengan sperma (iaitu tidak mengandung) follikel yang telah kosong itu akan hilang dengan sendirinya. Cysts mungkin terjadi semasa proses semulajadi ini berjalan.

Kitaran menstrual (haid) memerlukan koordinasi fungsi-fungsi gland pituitari, ovari, uterus dan cerviks. Gland pituitari yang terletak di kepala mengeluarkan hormon-hormon bernama FSH dan LH. Hormon-hormon ini akan memberikan arahan kepada ovari.

Telur di dalam ovari menjadi matang bila kandungan FSH di dalam darah tinggi. Pada masa yang sama ovari akan mengeluarkan hormon oestrogen.

Bila gland pituitari mengeluarkan hormon LH pada kadar yang tinggi, follikel yang mengandungi telur-telur akan pecah dan telur-telur ini akan dikeluarkan ke dalam tiub fallopian.

Follikel yang telah dikosongkan itu dinamakan corpus luteum dan ia mengeluarkan hormon progesterone.

Lapisan uterus pula membiak dan membesar dengan adanya hormon oestrogen. Progesterone akan menyebabkan lapisan uterus tersebut bersedia untuk menerima proses persenyawaan (mengandung).

Sekiranya tiada persenyawaan, corpus luteum akan berhenti mengeluarkan progesterone. Ini menyebabkan lapisan uterus tersebut disingkirkan - proses yang dinamakan kedatangan haid.

Cysts adalah keadaan yang biasa berlaku pada wanita yang sudah baligh tetapi belum menopause. Cysts juga lebih kerap terjadi pada pesakit yang mengambil ubat valporate (untuk sawan), mereka yang mengalami pelvic inflammatory disease (PID) atau yang menghadapi masalah pemakanan dipanggil bulimia. Ada jenis utama :

Cysts yang ditemui sebelum akil baligh atau selepas menopause mungkin merbahaya dan menyebabkan kanser. Oleh itu ia perlukan perhatian yang sewajarnya.

 

Tanda-tanda

Kebanyakan cysts tidak menyebabkan apa-apa tanda. Bagaimanapun antara tanda-tanda yang selalu dialami ialah :

Cysts yang pecah boleh menyebabkan tanda-tanda :

 

Apa yang harus dibuat untuk mencegahnya ?

Sebab berlakunya ovarian cysts ini tidaklah diketahui sepenuhnya. Oleh itu pemeriksaan pelvik hendaklah selalu dibuat. Sekiranya ada, pemeriksaan untuk mengesahkan kewujudannya bolehlah dilakukan dan ini termasuklah :

Pil perancang mungkin berupaya menghalang terjadinya cysts.

 

Rawatan

Pembedahan tidak akan dilakukan sekiranya:

Dalam keadaan di atas, pesakit disarankan menunggu dan ujian dijalankan lagi dalam masa sebulan selepas itu. Sekiranya ia mengecut atau hilang, tiada apa yang perlu dilakukan lagi. Sekiranya ia terus begitu atau membesar, ia mungkin terpaksa dibuang.

Cysts yang lebih daripada 5 sm atau yang tidak hilang dengan sendirinya mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Antara rawatan yang dijalankan ialah :

Pesakit perlu mengurangkan pengambilan kaffein (coklet, kopi, cola dsb.). Ambil ubat tahan sakit sekiranya sakit.

Perkara-perkara lain

 


Kembali ke menu utama