MENGELAKKAN KERACUNAN UBAT-UBATAN Kes keracunan parasetamol yang mengakibatkan kematian kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun baru-baru ini menyakinkan kita lagi bahawa penggunaan ubat-ubatan di kalangan masyarakat masih memerlukan pengurusan yang rapi daripada semua pihak. Ubat-ubatan seperti parasetamol yang banyak
diiklankan di berbagai media di negara ini merupakan salah satu daripada ubat
yang paling laris dijual di merata tempat. Ini termasuklah di kedai-kedai
runcit, warong-warong mahupun di pasaraya-pasaraya sebagai salah satu daripada
bahan yang diniagakan oleh pihak berkenaan. Hal yang sedemikian sudah tentu
mendedahkan lagi para pengguna, khususnya kanak-kanak kepada risiko
penyalahgunaan ubat, lantas boleh mengakibatkan ancaman keracunan kepada diri
mereka. Tambahan pula jika ubat-ubatan ini tidak diiringi dengan
maklumat-maklumat yang mudah difahami pengguna baik apabila ianya diperolehi
daripada klinik-klinik perubatan sekalipun.
Tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara (PRN) menampakkan bahawa penglabelan ubat-ubatan tidak menjadi satu amalan yang ketara di kalangan ahli-ahli profesional. Jarang sekali para pesakit diberitahu tentang nama ubat-ubatan mahupun pengawasan ke atas kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila mengambil sesuatu ubat itu.
Maklumat ubat hak
pengguna
Sayugia diingatkan bahawa tiada ubat yang seratus peratus selamat. Para pengguna perlu faham bahawa setiap ubat mempunyai risikonya tersendiri terutama sekali apabila diberikan kepada kanak-kanak. Salah satu daripada cara mencegah ini daripada berlaku adalah untuk mengetahui secara mendalam berkenaan ubat tersebut melalui maklumat-maklumat yang objektif dan tidak berat sebelah. Ini bermaksud para pengguna perlu mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang profesional dan tidak semata-mata bergantung kepada iklan-iklan yang dikeluarkan oleh industri farmaseutikal untuk tujuan melariskan langganannya. Untuk tujuan ini adalah menjadi hak para pengguna mendapat
maklumat yang terperinci tentang setiap ubat yang mereka perolehi daripada
mana-mana sekalipun. Hak ini telah dimuatkan dalam Piagam Pesakit sepertimana
dipersetujui antara pertubuhan profesional kesihatan - doktor, doktor pergigian
dan ahli farmasi - dengan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) beberapa
tahun yang lalu. Malangnya ini masih tidak dipatuhi oleh banyak pihak.
Jelasnya, jika semua pihak berwaspada dan menjalankan tugas mereka bagi mendidik masyarakat di samping para pengguna berusaha untuk meningkatkan kesedaran mereka, tragedi berkaitan ubat akan dapat dielakkan sama sekali.
Maklumat
yang perlu ditanya semasa mendapatkan ubat
Butir
berkenaan ubat-ubatan lain yang digunakan seperti ubat tradisional dan
sebagainya. Rawatan lain yang sedang dijalankan termasuk berjumpa dengan pengamal kesihatan lain. |