EVENING PRIMROSE OIL

EPO di ekstrak dari biji pokok Oenothera biennis. Ia kaya dengan gamma-linolenic acid (gamolenic acid atau ringkasnya GLA) dan cis-linoleic acid. Kegunaan EPO banyak bergantung kepada asid-asid ini. Ia melibatkan satu proses biochemical yang komplikated, tetapi cukuplah jika dikatakan bahawa pengambilan EPO akan memberikan kesan terhadap tahap prostaglandins di dalam badan. Prostaglandins inilah yang menyebabkan berlakunya kesan-kesan baik yang didapati oleh pengambil EPO.

 

Sekiranya anda mengalami masalah-masalah di bawah, EPO mungkin boleh membantu anda mengurangkannya.

bullet

Eczema (gatal, allergik),

bullet

Kulit kering dan bersisik

bullet

Mastalgia (sakit buah dada). Kebanyakan kes ini berlaku disebabkan oleh PMT (pre-menstrual tension) iaitu kedatangan haid

bullet

Pre-mestrual syndroms seperti perubahan pada mood, sakit sengugut dsb.

bullet

Haid yang tidak teratur

bullet

Multiple sclerosis. Penyakit ini berlaku bila perubahan berlaku pada struktur saraf pesakit. Antara tanda-tandanya ialah lemah badan, hilang deria sentuhan, masalah pertuturan dsb.

bullet

Psorisis iaitu sejenis penyakit kulit. Ia tidak berjangkit.

bullet

Rheumatoid arthritis seperti sakit-sakit sendi

bullet

Coronary heart disease dan kolesterol

bullet

Anti-viral

bullet

Asthma

bullet

Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis

Ada di antara kajian melibatkan keadaan di atas yang menunjukkan EPO tidak memberi kesan. Kajian-kajian masih lagi dijalankan untuk menentukan keberkesanannya.

Pengambilan EPO adalah sebagai makanan tambahan sahaja. Pengambilan ubatan seperti yang telah disyorkan hendaklah diteruskan sehingga anda diberitahu sebaliknya atau sehingga anda telah pulih dan tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang diberi.

Pengambilan EPO tidak memudaratkan atau memberikan kesan-kesan yang tidak baik. Bagaimanapun, ada kejadian di mana berat badan pengambil EPO bertambah.

Dos yang biasa diambil ialah 1000mg tiga kali sehari.