>

G6PD

Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).

Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.

Tanda-tanda

Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:

bullet

lemah badan

bullet

pucat

bullet

susah bernafas

bullet

jaundis (kulit menjadi kuning)

bullet

air kencing menjadi gelap atau merah

Penyebab

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:

bullet

jangkitan

bullet

pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik. Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:
bullet

Dapsone dan sulphones

bullet

Methylthioninium chloride (methylene blue)

bullet

Niridazole

bullet

Nitrofurantoin

bullet

Pamaquin

bullet

Primaquine

bullet

Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin

bullet

Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit

bullet

Aspirin

bullet

Chloroquine

bullet

Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate

bullet

Probenecid

bullet

Quinidine

bullet

Quinine

bullet

Naphthalene (dalam ubat gegat)

Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:

bullet

Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu

bullet

Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis

bullet

Pengambilan asid folic yang berterusan

bullet

Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini


Perkara-perkara lain

bullet

Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.

bullet

Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.


Sila rujuk kepada doktor anda untuk keterangan lanjut sekiranya anda ingin penjelasan lanjut.