GOUT

Gout terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama :

bullet

badan menghasilkan lebih asid uric

bullet

asid uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan

Asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).

 

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?

Ia sering terjadi pada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga mengalami masalah ini, terutamanya selepas putus haid (menopause). Keturunan juga memainkan peranan yang penting. Antara sebab-sebab lain ialah pengambilan alkohol berlebihan, tekanan (stress) dan penyakit-penyakit tertentu seperti leukemia.

 

Tanda-tanda

Tanda-tanda yang selalu dirasai :

bullet

sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki

bullet

sendi menjadi merah, bengkak dan panas

bullet

demam

 

Apa yang perlu anda lakukan ?

Dapatkan rawatan professional dari doktor anda. Selain daripada itu, anda bolehlah mencuba langkah-langkah ini :

bullet

rehat secukupnya bila sendi terasa sakit. Jangan banyak bergerak

bullet

minum air yang banyak

bullet

kurangkan makanan yang mengandungi purine. Antaranya ialah daging lembu, makanan laut, ikan bilis, kekacang, kacang soya, buah ciku, cendawan dan beberapa jenis sayuran. Oleh kerana makanan ini selalunya banyak vitamin B, pengurangan pengambilan makanan ini hendaklah disertai dengan pengambilan vitamin B kompleks

bullet

jangan ambil tomato dan oren

bullet

jangan minum minuman beralkohol (bagi yang Islam - benda tu haram)

bullet

lebihkan pengambilan buah cherry, hawthorn berries dan blueberries untuk mengurangkan radang

bullet

tambah vitamin C dalam pemakanan

bullet

tambah asid folik yang berupaya mengurangkan pengeluaran asid uric

 

Ubat-ubatan

Untuk menahan sakit 

bullet

NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs) terutamanya Indomethacin. Ubat-ubat jenis ini selalunya menyebabkan masalah gastrik. Ia hendaklah diambil selepas makan, atau bersama-sama ubat anti-asid seperti Gelusil dsb.

bullet

Corticosteroids (steroid).

bullet

Colchicine. Ubat ini tidak menyebabkan fluid retention, oleh itu sesuai untuk orang yang menghadapi masalah jantung. Bagaimanapun, antara kesan sampingan yang ketara ialah rasa pening dan cirit-birit.

bullet

Pengambilan Aspirin atau ubatan yang mengandungi salicylate TIDAK dibenarkan untuk pesakit gout.

Untuk menambah pembuangan asid uric

bullet

Ubat-ubat ini dinamakan uricosuric drugs. Antara yang selalu digunakan ialah Probebecid. Ubat-ubat jenis ini tidak boleh digunakan sekiranya ada tanda-tanda pesakit menghidapi batu karang.

Untuk mengurangkan penghasilan asid uric

bullet

Ubat yang paling selalu digunakan ialah Allopurinol (Jenama original Zyloric). Ada individu yang tidak boleh mengambilnya kerana ia menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti ruam dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perut di kalangan mereka.