Make your own free website on Tripod.com

Gula

 

Gula seperti yang biasa kita ketahui ialah gula putih dan gula merah yang banyak dijual di kedai-kedai runcit atau supermarket. Sebenarnya, termasuk di dalam istilah gula ialah gula mentah, madu, sirap tebu, molasses dsb. Gula juga dikenali dalam bahasa perubatan sebagai glucose (glukosa), sukrosa (sucrose), dextrose, lactose, fructose dan maltose. Gula putih ialah 100% sukrosa.

 

 

Dua sumber utama gula yang biasanya badan kita perolehi :

 

         Gula semulajadi

         Ia didapati di beberapa jenis makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan produk-produk berasaskan susu.

 

         Gula yang ditambah

         Gula jenis ini adalah gula yang ditambah ke dalam makanan dan minuman yang kita ambil seharian. Contoh-contohnya adalah seperti minuman bergas dan kek.

 

 

Gula dan kesihatan anda

 

Sel-sel badan kita berupaya membuat gula daripada makanan-makanan yang kita ambil. Sebenarnya kita tidak memerlukan gula yang lebih daripada itu. Oleh itu, untuk kesihatan yang optimum, adalah lebih baik anda mula mengawal dan memerhatikan jumlah gula yang anda ambil.

 

Ada dua masalah utama yang akan berlaku sekiranya gula diambil secara berlebihan :

         Gula membantu meningkatkan berat badan anda. Sekiranya tidak dikawal, anda boleh mencapai tahap obesity. Sila lihat www.anispharmacy.com/berat.htm untuk menentukan sama ada anda obese atau tidak. Individu yang obese lebih terdedah kepada penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

         Gula berlebihan mempercepatkan proses kerosakan gigi. Bakteria yang ada di mulut anda akan menukarkan gula yang anda ambil menjadi asid. Asid inilah yang menyebabkan kerosakan gigi (tooth decay / dental caries).

 

Tahukah anda kandungan gula yang anda ambil seharian ?

 

Secara puratanya seseorang mengambil sebanyak 24 sudu the (120 gram) gula setiap hari. Jumlah ini adalah 2.5 kali lebih banyak daripada jumlah yang sepatutnya.

 

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari hendaklah tidak melebihi 10 sudu the (50 gram) termasuklah gula semulajadi atau gula yang ditambah.

 

Cuba anda lihat jumlah gula yang ada di dalam barangan berikut :

 

Barangan Kandunga gula (sudu the)

Minuman bergas (435ml) 9

Pie epal (200 gram) 9

Minuman peket (285 ml) 5

Kordial (1 gelas) 5

Ais krim (I skup) 4

Jem (1 sudu the) 3

Kuih koci (50 gram) 2

Kuih seri muka (50 gram) 1

Biskut krim (1 keping) 1

 

 

Kandungan kalori untuk jenis-jenis gula :

 

Jenis gula (setiap 1 sudu the) Kalori

Gula kastor 30

Gula ising 23

Gula merah 17

Gula putih 16

Gula mentah (raw) 13

Gula tebu 5

 

 

 

Tip untuk mengurangkan pengambilan gula

 

         Kurangkan memakan makanan yang tinggi kandungan gula seperti kek, biskut, ais krim, coklat, kek tradisional dan sereal bergula.

         Minum banyak air mati (plain water). Kurangkan pengambilan air bergas atau air bergula.

         Ambil kopi atau the tanpa gula atau kurang gula

         Kurangkan gula dalam resepi masakan anda. Sebagai contoh kandungan gula dalam resepi kek anda mungkin boleh anda kurangkan kepada separuh sahaja.

         Baca label pada produk yang anda beli. Belilah produk yang mengandungi gula yang rendah atau kurang gula.

         Pilih buah-buahan yang segar sebagai makanan pencuci muka dan mengurangkan pengambilan snek. Sekiranya membei buah-buahan di dalam tin, cuba jauhkan produk yang mengandungi kandungan gula yang banyak.

         Pengambilan gula gantian berkalori rendah boleh diamalkan sebagai ganti kepada gula biasa.