PENAMBAHAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL

Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung.

 

Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia.

 

Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supaya keperluan antara 250 sehingga 300 kalori setiap hari dipenuhi. Istilah "makan untuk dua orang" tidak sesuai untuk diikuti.

 

 

Penyebab pertambahan berat badan semasa mengandung dalam kilogram dan peratus

 

 

Pertambahan berat badan sebenarnya bergantung kepada keadaan anda sebelum mengandung: Pertambahan berat badan yang disyorkan ialah:

bullet

Berat badan normal  (BMI antara 20 sehingga 23): 11kg sehingga 16kg,

bullet

Berat badan tinggi / gemuk (BMI melebihi 23): 7kg sehingga 11kg,

bullet

Berat badan rendah /kurus (BMI kurang daripada 20): 12kg sehingga 18kg,

bullet

Sekiranya mengandungkan kembar: 15kg sehingga 20kg.

 

Secara kasarnya, pertambahan berat badan setiap bulan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut trimester:

 

Trimester

Pertambahan berat (kg)

Pertama (Bulan 1 - 3)

1 hingga 2 kg sebulan

Kedua (Bulan 4 - 6) 0.5kg seminggu
Ketiga (Bulan 7 - 9) kurang 1kg sebulan

 

Untuk memudahkan anda, anda bolehlah mencuba menggunakan kalkulator yang telah disediakan di bawah ini. Kalkulator ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Sekiranya anda tidak berpuas hati, ragu-ragu dsb, sila rujuk kepada doktor puan anda.

 

Kalkulator Pengiraan Berat Badan Semasa Mengandung

 

Tinggi meter, atau kaki inci
Berat kg, atau paun
Bulan mengandung
                  Berat ideal: antara - kg, atau - paun