HAMIL: YANG PERLU DIHINDARI / DIKURANGKAN

 

Pengambilan makanan, minuman dan ubat-ubatan tertentu semasa hamil mungkin tidak dibenarkan kerana ia akan memberikan kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang dikendong. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.

 

Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:

bullet

Alkohol. Pengharaman alkohol oleh agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepat melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus.

bullet

Kafein. Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda (sila lihat rencana terdahulu mengenai kalsium).

bullet

Rokok. Merokok semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah. Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

bullet

Ubat-ubatan. Ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil).

bullet

Gula. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya.

bullet

Vitamin A. Pengambilan vitamin A yang tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dsb. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

bullet

Raksa. Mungkin kita belum pernah mendengar orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

bullet

Makanan mentah. Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah (atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan komplikasi yang buruk:
bullet

Toxoplasmosis. Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

bullet

E.coli (bunyinya E.kolai).E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.

bullet

Salmonella. Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini boleh menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.

bullet

Listeria. Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.

bullet

Cacing. Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidaklah memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang diperlukan oleh bayi anda.

bullet

Herba. Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.

bullet

Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid. Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.

bullet

Makanan lebihan. Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman.

bullet

Pemanis tiruan. Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengurangkan kandungan kalori gula. Ia juga digunakan oleh orang yang ingin menjaga berat badan mereka. Antara yang sering diperkatakan ialah Aspartame (jenama EQUAL, PAL-SWEET, SLIM-UP, dan juga dalam minuman bertin) dan Saccharin. Saccahrin kini tidak lagi digunakan di Malaysia. Selain saccharine, bahan tiruan lain yang perlu dijauhi ialah cyclamates. Aspartame mengandungi phenylalanine, sejenis asid amino yang merbahaya untuk kanak-kanak yang menghidapi phenylketonuria, sejenis penyakit yang jarang berlaku. Selalunya ia tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi sebagai langkah penjagaan, penggunaan barangan ini masih lagi dibolehkan asalkan dalam kuantiti yang sederhana.

bullet

Makanan yang diproses. Makanan jenis ini seperti hotdog dsb mungkin mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan, oleh itu hendaklah dikurangkan pengambilannya.

bullet

Bahan-bahan lain. Kebanyakan bahan-bahan tambahan seperti additif adalah selamat digunakan (ingat, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja). Antara yang sering diperbincangkan dan perlu dijauhi ialah:
bullet

MSG (monosodium glutamate) seperti di dalam Ajinomoto.

bullet

Pewarna tiruan terutamanya blue 1, blue 2, green 3, red 3 dan yellow 6.