HAMIL: PENING PAGI (MORNING SICKNESS)

Morning sickness selalunya berlaku pada trimester pertama (3 bulan pertama) mengandung. Ia terjadi kerana pertambahan hormon yang drastik dalam darah. Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu-waktu lain.

Penggunaan ubat tidak digalakkan terutamanya pada trimester pertama. Bagi kes-kes yang teruk, seperti sehingga hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan, doktor anda boleh mencadangkan beberapa jenis ubat yang didapati selamat untuk wanita yang mengandung. Antara yang khas untuk orang yang mengandung ialah jenama Navidoxine yang mengandungi meclizine dan pyridoxine (sila lihat dibawah). Ia juga boleh didapati dari farmasi-farmasi.

Anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk mengawal rasa pening dan ingin muntah anda :

bullet

minum air dengan banyak

bullet

makan makanan ringan seperti biskut sebelum anda bangun daripada tidur

bullet

makan sedikit-sedikit tetapi dengan lebih kerap

bullet

berhenti merokok (dan berhenti minum alkohol)

bullet

jauhi dari meminum kopi, susu dan minuman bergas

bullet

rehat

bullet

lakukan senaman ringan di tempat yang berudara segar

bullet

makan halia

bullet

ambil vitamin B6 (pyridoxine). Selalunya vitamin ini sudah ada dalam vitamin yang diberi semasa mengandung seperti Obimin