HERBA-HERBA POPULAR

Di bawah ini diterangkan serba sedikit mengenai herba-herba yang selalu diambil. Pengambilan herba selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk melihat kesannya. Bagaimanapun, bolehlah dikatakan herba-herba ini selamat dan tidak ada kesan-kesan sampingan yang ketara. Herba-herba ini boleh dijadikan sebagai alternatif kepada ubat-ubat konvensional yang biasa didapati dari klinik atau farmasi.

  1. Echinacea. Herba ini boleh menguatkan sistem imunisasi anda (daya menahan penyakit). Pengambilannya semasa anda diserang selsema membolehkan anda sembuh dengan lebih cepat. Selain daripada itu, ia juga banyak digunakan untuk orang yang mempunyai kulit bermasalah. Dalam perkataan orang biasa, herba ini berupaya mencuci darah.

  2. Bawang putih. Bawang putih atau garlic banyak digunakan untuk mencegah angin ahmar (stroke) dan sakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol. Bawang putih juga boleh membuang angin di dalam badan.

  3. Halia. Halia atau ginger digunakan untuk mencegah pening semasa menaiki kenderaan (motion sickness). Ia juga digunakan dengan efektifnya sebagai penawar sakit-sakit sendi atau arthritis. Seperti bawang putih, halia boleh membantu mengurangkan angin di dalam badan.

  4. Ginkgo biloba. Herba ini berupaya membantu peredaran darah ke otak dan bahagian-bahagian lain badan. Oleh itu, ia digunakan untuk meningkatkan daya ingatan. Ia juga berguna untuk yang menghidap penyakit darah tinggi dan angin ahmar.

  5. Ginseng. Ginseng digunakan secara tradisional untuk memberi tenaga kepada badan yang letih. Korean ginseng menyebabkan badan rasa panas tetapi American ginseng tidak.

  6. Kava-kava. Ia digunakan untuk memberi ketenangan kepada mereka yang stress, tension, panik dsb. dan juga mereka yang sukar untuk melelapkan mata. (Bagaimanapun mulai Ogos, 2002 penggunaan produk mengandungi kava-kava kini tidak lagi disyorkan kerana ia menyebabkan kesan-kesan sampingan).

  7. St. John's Wort. Ia juga dikenali sebagai Hypericum. Ia sangat berkesan digunakan sebagai anti-depressant, iaitu penawar kepada mereka yang mengalami masalah tekanan yang teruk. Bagaimanapun, ia tidak boleh diambil bersama-sama dengan beberapa jenis ubat seperti warfarin, cyclosporin, theophylline, amitryptalline, digoxin, carbamazine dan pil-pil perancang.

  8. Saw Plametto. Digunakan untuk yang menghadapi masalah prostat (lelaki). Ia juga digunakan oleh orang perempuan untuk mencegah jangkitan kuman di saluran kencing.

  9. Valerian. Herba ini digunakan untuk memudahkan anda tidur. Ia tidak mempunyai kesan-kesan sampingan seperti ubat-ubat tidur biasa.

  10. Tongkat Ali. Digunakan biasanya oleh orang lelaki untuk meningkatkan tenaga dalaman dan luaran.

Herba-herba ini selalunya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi-farmasi. Kadang-kala produk yang dijual tersebut mengandungi satu bahan sahaja. Ada banyak juga yang mengandungi kombinasi bahan-bahan di atas atau bahan-bahan di atas dengan bahan-bahan lain.