Make your own free website on Tripod.com

HOMOCYSTEINE

Siapakah yang berisiko tinggi menghidapi sakit jantung ? Telah diketahui umum, bahawa antara faktor yang meningkatkan risiko anda mendapatkan sakit jantung ialah :

bullet

kolesterol yang tinggi

bullet

merokok

bullet

masalah berat badan (gemuk)

bullet

kurang bersenam

bullet

dsb

Kajian menunjukkan hampir 35% daripada serangan sakit jantung berlaku ke atas mereka yang mempunyai kolesterol total yang normal. Mengapa ini berlaku ?

Kini ada satu lagi faktor yang telah dikenalpasti, iaitu kandungan homocysteine (homosistin) di dalam badan anda. Kadar homocysteine yang tinggi menyebabkan anda mudah mendapat sakit jantung. Dianggarkan keseriusannya adalah sama dengan mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi atau mereka yang merokok.

 

Homocysteine

Homocysteine adalah satu bahan yang dihasilkan di dalam badan kita bila badan mencerna protein dari makanan. Homocysteine adalah diperlukan untuk membina dan mengekalkan tisu badan kita. Bagaimanapun kandungannya yang tinggi telah dikaitkan dengan kejadian sakit jantung dan stroke.

Tahap kandungan homocysteine yang tinggi mungkin menggalakkan kecederaan pada dinding saluran darah arteri oleh kolesterol atau bahan lain. Ini mungkin akan menyebabkan saluran tersebut mengecil atau tertutup terus. Bila ini berlaku, darah tidak boleh mengalir dengan baik dan ia menyebabkan stroke.

Dalam keadaan biasa, di dalam badan individu yang sihat, homocysteine yang berlebihan akan dikeluarkan daripada badan dengan cepatnya. Dengan bantuan vitamin tertentu, hati (liver) akan menukar homocysteine kepada asid amino yang boleh digunakan oleh badan atau dipecahkan. Sekiranya tidak digunakan ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Peningkatan tahap homocysteine yang tinggi mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin tertentu di dalam badan. Sesetengah individu pula mengalami masalah perncernaan dan metabolisma homocysteine secara keturunan.

 

Langkah-langkah

Antara perkara yang perlu diambil kira mengenai kadar homocysteine di dalam badan :

bullet

amalkan pengambilan makanan yang seimbang yang mengandungi sayur berdaun hijau, buah-buahan sitrus (limau, epal dsb), bijiran, kekacang dan ikan.

bullet

pengambilan kaffein berlebihan (kopi dsb) menyebabkan kadar homocysteine meningkat. Oleh itu pengambilannya hendaklah dikurangkan.

bullet

pengambilan zat tambahan - asid folik (paling kurang 400mcg), vitamin B 6 dan B 12 dalam jumlah yang agak tinggi membantu mengurangkan kadar homocysteine.

bullet

kadar homocysteine meningkat bila usia meningkat. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas disarankan mengambil vitamin tambahan.

bullet

wanita yang mengambil pil perancang selalunya mempunyai mempunyai vitamin B 6 dan asid folik di dalam badan. Oleh itu mereka juga perlu pengambilan vitamin yang lebih.

bullet

produk pilihan kami - Surbex-Zinc.