HYDROQUINONE

Hydroquinone dan kegunaannya

Hydroquinone adalah sejenis bahan penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Nama kimianya ialah 1,4 dihydroxybenzene

Hydroquinone yang diletakkan pada kulit anda menyebabkan terjadi proses de-pigmentasi (iaiatu proses di mana pigment di buang dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih cerah). Ini berlaku kerana hydroquinone menghalang proses penukaran tyrosine kepada dopa dan menghalang proses-proses metabolisma yang berkaitan dengan melanocyte. Proses de-pigmentasi ini adalah proses yang reversible (iaitu keadaan asal boleh didapati semula setelah penggunaan hydroquinone diberhentikan).

Oleh itu ia digunakan untuk keadaan-keadaan tertentu seperti chloasma, melasman, freckles, senile lentigines, dan melanin hyperpigmentation.

Ia memasuki badan anda melalui sistem pernafasan, melalui kulit dan mulut (contohnya tertelan). Kandungan bahan ini didapati tinggi di bahagian hati dan buah pinggang.

 

Siapa yang tidak boleh menggunakannya

bullet

orang yang alahan pada produk ini

bullet

mengandung dan menyusukan bayi

bullet

budak berusia kurang 12 tahun

 

Kesan-kesan sampingan

bullet

rasa sakit pada kulit (menyengat) kerana ia menghakis kulit

bullet

kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan kerosakan teruk pada mata (buta) sekiranya terdedah kepada bahan ini

bullet

kulit menjadi kering

bullet

batuk dan susah bernafas (sekiranya tersedut)

bullet

sekiranya termakan kulit boleh menjadi biru, rasa pening kepala, sakit kepala, berpeluh, rasa dahaga, cirit-birit, sakit perut, sukar bernafas, muntah, tinnitus (bunyi di dalam telinga) dan sebagainya. Boleh menyebabkan respiratory failure (tidak boleh bernafas)

bullet

kulit menjadi sensitif, contohnya pada cahaya

bullet

erythema (kulit menjadi merah kerana saluran darah di bahagian yang kena hydroquinone mengembang)

bullet

ada bukti yang menyatakan bahawa bahan ini boleh menyebabkan kanser

bullet

penggunaan yang selalu atau jangkamasa lama menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti dermatitis dsb. Ia mungkin menyebabkan masalah genetik (keturunan)