ISTILAH PERUBATAN - COATING, SLOW RELEASE, TIME RELEASE, RETARD, ENTERIC

Pernahkah anda mendengar istilah-istilah di atas ?

Ia selalunya digunakan untuk tablet-tablet vitamin atau ubat yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Umpamanya Vitamin C 1000mg time release. Ini bermakna vitamin C tersebut disalut dengan bahan khas. Bahan khas atau coating ini bertujuan supaya :

bullet

 Vitamin C tersebut, yang mempunyai ciri-ciri asid (jadi ia tidak baik untuk perut) tidak lagi merbahaya kepada perut.

bullet

Vitamin C tersebut dikeluarkan sedikit demi sedikit ke dalam badan. Ia tidak dikeluarkan sekali gus. Oleh itu, pengambilan sebiji sahaja vitamin C sudah cukup untuk melindungi anda sepanjang hari. Ini berbeza dengan vitamin C yang boleh dikunyah. Vitamin C jenis ini memberikan anda jumlah vitamin C yang banyak semasa anda memakannya, tetapi ia tidak berterusan sepanjang hari. Vitamin C, yang larut di dalam air akan dikeluarkan dari badan sekiranya ia tidak digunakan oleh badan.

Bila anda memakan ubat, ia akan melalui perut. Perut akan mencerna dan memecahkan ubat tersebut supaya ia dapat diserap ke dalam darah. Walaubagaimanapun, ada ubat yang tidak sepatutnya dipecahkan di dalam perut kerana ia lebih baik dicernakan di dalam usus (yang terletak lebih ke bawah). Cara terbaik untuk mengelakkan ubat ini daripada dicerna di dalam perut supaya ia terus melalui ke usus, di mana ia dicerna, ialah dengan menggunakan teknik enteric coating.

Dengan enteric coating, tablet tersebut di salut dengan bahan tertentu yang menyebabkan ia boleh melalui perut tanpa dipecahkan. Ia terus boleh ke usus di mana ia akan dicerna. Ini memberikan kesan maksimum kepada sesetengah tablet.

Bagaimanapun, tablet jenis ini tidak boleh dipecahkan kerana ia akan merosakkan salutan luar tersebut.