KALSIUM

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :
bullet

fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)

bullet

fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam

bullet

proses pembekuan darah

bullet

kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

 

Keperluan kalsium

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati sehingga 60% - 70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. 

Berapa banyakkah keperluan kalsium untuk setiap individu ? Sila rujuk kepada carta di bawah ini.

Lelaki

Umur (tahun)

Keperluan kalsium dalam mg

8 - 11

800

12 - 15

1200

16 - 18

1000

19 - 64

800

melebihi 64

800

Wanita

Umur (tahun)

Keperluan kalsium dalam mg

8 - 11

900

12 - 15

1000

16 - 18

800

19 - 54

800

melebihi 54

1000

Mengandung

1100

Menyusu bayi

1200

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

 

Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :

bullet

3 gelas susu,

bullet

4.6kg daging,

bullet

15 biji telur,

bullet

70g cheese,

bullet

400g ais krim, atau

bullet

2 cawan yoghurt.

 

Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :

  1. kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat

  2. kurang pengambilan kalsium

  3. pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause

  4. risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

 

Adakah anda berisiko menghadapi osteoporosis ?

Perkara

Risiko Tinggi

Risiko Rendah

Jantina

Perempuan

Lelaki

Umur

> 60 tahun

< 60 tahun

Menopause

Awal

Lewat

Keturunan

Asia / Caucasian

Afrika

Saiz tulang

Kecil 

Besar

Berat badan

Kurang berat badan

Lebih berat badan

Senaman / aktiviti

Tidak aktif

Aktif

Merokok

Kuat merokok

Tidak merokok

Pengambilan alkohol

Berlebihan

Sedikit / tiada

Pengambilan kalsium

Sedikit

Banyak

Zat makanan

Tidak  memuaskan

Memuaskan

Pengambilan protin

Banyak

Sedikit

Pengambilan kopi / teh

Berlebihan

Sedikit / tiada

Hyperthyroidism

Ya

Tidak

Pengambilan corticosteroid

Ya

Tidak

 

Perkara-perkara lain

bullet

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.

bullet

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
bullet

bersama-sama vitamin D

bullet

bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.

bullet

selepas makan.

bullet

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
bullet

Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.

bullet

Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.

bullet

Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.

bullet

Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.

bullet

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.

bullet

Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.

bullet

Dengan kemajuan sains yang ada sekarang ini, banyak produk canggih di mana penyerapan kalsium adalah maksimum, yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal besar. Antara produk jenama ternama yang ada di pasaran Malaysia ialah Caltrate dan Oscal.

bullet

Pesakit kencing manis (insulin-dependent) juga mempunyai struktur tulang yang lebih lemah berbanding orang biasa.

bullet

Osteoporosis boleh diubati. Dapatkan keterangan lanjut dari doktor atau ahli farmasi anda.