KELEMUMUR

Masih menghadapi masalah kelemumur, walaupun anda telah menggunakan banyak jenis syampu? Kelemumur tidak ada kena mengena dengan penjagaan kesihatan seseorang. Orang yang bersihpun ada juga yang menghadapi masalah ini.

Apakah penyebab utama kelemumur?

Kelemumur disebabkan oleh fungus (kulat) yang dinamakan P. ovale. Kulat ini sentiasa ada di permukaan kulit kita dan ia tidak menyebabkan sesuatu yang merbahaya. Sekiranya kulat ini menjadi banyak, selalunya sehingga 10 - 20 kali daripada keadaan normal, kelemumur akan terjadi. Kulat ini menyebabkan inflamasi di akar rambut yang menyebabkan terjadinya kelemumur.

Perkara-perkara yang tidak benar mengenai kelemumur:

1 - Kelemumur boleh dijangkiti melalui sikat dan bantal
2 - Kebersihan diri berkaitan dengan kelemumur
3 - Pemakanan yang buruk menyebabkan kelemumur
4 - Stress, kebimbangan dan ketegangan menyebabkan kelemumur
5 - Kepanasan dan kelembapan menyebabkan kelemumur

Faktor-faktor di atas mungkin memburukkan lagi kelemumur, tetapi bukanlah penyebabnya.

Ubat yang efektif untuk kelemumur:

Ubat yang paling berkesan ialah ubat yang mengandungi anti-kulat. Tanyakan ahli farmasi atau doktor anda tentang shampu yang mengandungi ketoconazole. Anda tidak perlu menggunakannya setiap hari. Gunakannya dua kali seminggu sehingga kelemumur anda hilang. Selepas itu, anda masih lagi perlu menggunakannya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengawal pertumbuhan kulat di kulit kepala anda.

Anda juga boleh menggunakan ubat yang mengandungi selenium sulfide. Cara penggunaannya adalah lebih kurang sama dengan ubat yang mengandungi ketoconazole. Jenama produk ini ialah Selsun (Ada dua jenis Selsun - yang pertama yang lebih kuat - ini hanya boleh didapati daripada farmasi, dan yang kedua yang kurang kuat, lebih dikenali sebagai Selsun Blue).