KENCING MANIS

Pengenalan

bullet

Glukosa atau gula
bullet

Makanan yang kita ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya, akan dicerna di dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saisnya yang kecil berbanding sais karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.

bullet

 Insulin
bullet

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protin dan lemak, selain daripada karbohidrat.

 

Kencing manis

Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami dua jenis keadaan iaitu:

bullet

kekurangan insulin.

bullet

insulin resistance.

 

Bagaimana ia bermula ?

Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.

 

Jenis-jenis kencing manis

Ada dua jenis kencing manis iaitu:

bullet

Type I
bullet

badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependant Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

bullet

Type II
bullet

kencing manis jenis ini juga dikenali sebagai mature-onset diabetes atau Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang lebih biasa berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin resistance (Sila lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.

Perbezaan secara ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di bawah :

 

Type I (IDDM) Type II (NIDDM)
Bermula pada usia muda, sehingga lebih kurang 16 tahun Bermula lewat, selalunya melebihi 35 tahun
Bermula dengan cepat bila pengeluaran insulin dari pankreas berhenti Bermula secara perlahan-lahan (kronik)
Bukan secara keturunan. Mungkin disebabkan jangkitan Penyakit keturunan
Pesakit tidak semestinya gemuk Selalunya pesakit adalah orang yang gemuk
Memerlukan suntikan insulin di samping penjagaan diet Memerlukan ubat jenis makan dan juga penjagaan diet. Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan

 

Tanda-tanda

Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:

bullet

selalu kencing, terutamanya waktu malam.

bullet

dahaga yang keterlaluan.

bullet

lapar, oleh itu selera makan naik.

bullet

penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.

bullet

rasa lemah badan.

bullet

pening dan muntah.

bullet

luka lambat sembuh.

bullet

mudak terkena jangkitan kulit.

bullet

kebas kaki dan tangan.

bullet

pemandangan menjadi kabur.

 

Bolehkah ia disembuhkan ?

Tidak. Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap, pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.

 

Mengandung

Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga yang memerlukan pengambilan insulin.

 

Komplikasi-komplikasi akibat sakit kencing manis

Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual adalah sangat-sangat digalakkan.

bullet

hyperglycaemia. Sila lihat di bawah.

bullet

penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan kerosakan buah pinggang.

bullet

masalah mata seperti menjadi buta, cataracts dsb.

bullet

luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.

bullet

Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan pada alat sulit.

bullet

Kebas kerana kerosakan pada saraf.

 

Apa yang harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini ?

bullet

Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat:

Ubat-ubatan konvensional : Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.

Insulin. Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.

bullet

Makanan tambahan dan herba

Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.

Diabegard: formulasi berteknologi tinggi mengandungi periaPersediaan herba seperti peria katak dsb. Ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan mendapati herba-herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka, sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa.

Gymnema. Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.

Chromium. Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.

Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.

bullet

Pemakanan harian yang lain

Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah:

bullet

Makan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini.

bullet

Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat.

bullet

Pengambilan makanan secara tetap, contohnya tiga kali sehari.

bullet

Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal. (Sila rujuk kepada rencana kami sebelum ini untuk menentukan berat ideal, atau lawat www.anispharmacy.com/berat.htm untuk maklumat lanjut).

bullet

Karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan. Ini termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb., air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.

bullet

Karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti wholemeal dan sebagainya.

bullet

Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.

bullet

Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis.

bullet

Ambil lebih vitamin C dan Zink.

bullet

Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

bullet

Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
bullet

Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula, dsb.

bullet

Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.

bullet

Herba seperti cili, lada, cuka, dsb.

 
bullet

Senaman

Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur. Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I, yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.

bullet

Penjagaan diri
bullet

Mata. Pesakit kencing manis perlulah menjalani pemeriksaan mata mereka pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pesakit kencing manis kerap merasai kabur penglihatan. Ini adalah tanda bahawa kawalan gula di dalam darah mereka tidak baik. Sekiranya ia berterusan, ada kemungkinan berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic cataract. Pengambilan vitamin B1+B6+B12 secara berterusan perlu diamalkan.

bullet

Kulit. Penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan. Luka, walaupun sedikit perlukan rawatan segera. Sekiranya tidak, dikhuatiri ia akan melarat dan menyebabkan gangrene (kulit menjadi buruk dan hitam) terutamanya di bahagian kaki. Penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan. Pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki yang lebih buruk berbanding orang muda. Jangkitan kuman lebih mudah berlaku.

bullet

Gigi. Seperti kulit juga, sedikit sahaja luka di dalam bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh membahayakan. Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.

 

bullet

Pemerhatian kandungan gula di dalam darah

Pesakit kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check) ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu. Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini. 

Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah.

Masa ujian dibuat Tahap ideal (darah) Tahap baik (darah)
Berpuasa - contohnya pagi sebelum sarapan 3.5 – 5.5mmol/l 4.4 – 6.7mmol/l
2 – 4 jam selepas makan 5.5 – 6.7mmol/l 6.7 – 7.8mmol/l

 

Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula di bawah:

18.01 x mmol = mg/dl  

Pesakit kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi 11mmol/l semasa waktu berpuasa.

 

Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis

Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)

Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock".

Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila:

bullet

berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin.

bullet

pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal.

bullet

terlebih ambil insulin.

bullet

lambat atau tidak makan.

bullet

mengambil alkohol berlebihan.

Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah:

bullet

berpeluh (sejuk).

bullet

tangan menggeletar (trembling).

bullet

rasa lapar.

bullet

penat.

bullet

pening.

bullet

degupan jantung bertambah.

bullet

rasa keliru (confused) dan 'moody'.

Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.


Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)

Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:

bullet

tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya.

bullet

makan berlebihan.

bullet

kurang bersenam.

bullet

tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb).

Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:

bullet

dahaga yang sangat kuat.

bullet

lapar yang datang tiba-tiba.

bullet

selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.

bullet

lemah badan.

bullet

turun berat badan.

bullet

penglihatan kabur.

bullet

jangkitan kulit mudah berlaku.

bullet

kulit kering.

bullet

rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan.

Diabetic ketoacidosis

Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit.

Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit akan merasa:

bullet

kencing yang sangat kerap.

bullet

dahaga yang sangat kuat.

bullet

pening kepala, muntah dan sakit perut.

bullet

pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau seperti buah-buahan (bau ketone).

bullet

kekeliruan berlaku (confusion).

Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.
 

Insulin Resistance (IR)

IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah.

Akibatnya :

bullet

sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.

bullet

hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis.

Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.

Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa.

Dua faktor utama penyebab IR, yang menyebabkan kencing manis.  

bullet

faktor genetik.

bullet

faktor persekitaran :
bullet

bermula sejak lahir, seperti berat badan semasa lahir yang rendah, dan pemakanan yang tidak baik

bullet

bermula lewat, seperti cara hidup yang tidak aktif, pemakanan yang buruk (kalori tinggi, banyak lemak, dsb), dan juga proses biasa penuaan.

 

Puasa

Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda. Di bawah ini adalah contoh kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan Ramadan.

Masa Perkara
Sahur 1 - Makan ubat
2 - Makan sahur
Buka puasa 1 - Buka puasa dengan mengambil makanan atau minuman
2 - Makan ubat
3 - Solat maghrib
4 - Makanan berat