KERJAYA

Daftar nama anda untuk jawatan kosong

Farmasi ditafsirkan sebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah satu kerjaya di mana ahli-ahli farmasi membuat kajian untuk mencipta ubat-ubat baru. Ahli farmasi juga bertanggung-jawab memberikan ubat kepada pesakit-pesakit (dispensing).

Terdapat beberapa sektor di mana ahli-ahli farmasi diperlukan :

bullet

Jabatan Kerajaan  - di Malaysia, terdapat dua tempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah tempat di mana ubat-ubat didaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapa ujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatan ubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good Manufacturing Practice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa dan menentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubat menurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yang mengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasan Unit Penguatkusa Farmasi (UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindak menurut akta-akta lain yang telah ditentukan.

bullet

Hospital. Di hospital pemberian ubat kepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasi mengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubat-ubatan.

bullet

Peruncitan. Farmasi-farmasi yang dibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC) seperti Panadol dsb.

bullet

Industri. Dalam sektor ini ahli farmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, impot dan ekspot dan juga research and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysia tidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulah sebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru dan ubat-ubatan yang semakin canggih.

 

Isu

Antara isu yang hangat diperkatakan di Malaysia ialah isu "dispensing right" di mana ahli-ahli farmasi meminta hak mereka sebagai seorang ahli farmasi dalam memberikan ubat (dispensing) dapat dipenuhi. Di Malaysia, hak membuat diagnosis dan memberi preskripsi adalah di tangan para doktor. Bagaimanapun, hak dispensing yang sepatutnya dimiliki oleh ahli farmasi juga dipegang bersama oleh para doktor.

Bidang farmasi di Malaysia bolehlah dikatakan masih lagi baru. Ia belum lagi berkembang seperti di negara-negara maju,  terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Fungsi ahli farmasi belum lagi dijalankan sepenuhnya seperti negara-negara tersebut.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan juga negara-negara lain seperti Australia, negara-negara Arab, New Zealand, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia para doktor tidak dibenarkan memberi ubat. Mereka hanya diberikan hak untuk mengeluarkan preskripsi dan ubat-ubat hendaklah diambil atau dibeli dari farmasi. Pada tahun 2000 Korea Selatan telah mula menguatkuasakan undang-undang yang sama. Walaupun mendapat tentangan hebat dari para doktor, akhirnya undang-undang tersebut dijalankan juga.

Pelbagai hujah dikeluarkan dikeluarkan kedua-dua pihak seperti tidak cukupnya bilangan farmasi yang berkecimpung dalam bidang peruncitan atau farmasi yang buka 24 jam. Ahli farmasi pula berhujah bahawa kos perubatan akan menjadi lebih murah bila hak dispensing diberikan kepada ahli farmasi. Antara hujah lain yang diketengahkan oleh ahli farmasi ialah :

bullet

Ahli farmasi lebih mendalami mengenai ubat-ubatan yang diambil

bullet

Harus ada satu sistem di mana counter-check boleh dilakukan. Dengan konsep sekarang di mana doktor membuat diagnosis dan memberi ubat, pesakit tidak boleh membuat counter-check tentang ubat-ubatan yang diambil. Ahli farmasi lebih mengetahui tetang kesan-kesan sampingan ubat, interaksi antara ubat-ubat dan sebagainya. Sekiranya tugas dispensing diberikan kepada ahli farmasi, beliau boleh counter-check ubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. Baru-baru ini contohnya kita dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi yang mengambil paracetamol (Panadol) dalam dos yang tinggi. Perkara ini mungkin boleh dielakkan sekiranya ada counter-check antara prescription dan dispensing.

bullet

Ketidak-cukupan bilangan ahli farmasi bukanlah satu isu yang besar. Ia adalah isu "chicken and egg". Ahli farmasi keberatan untuk membuka farmasi kerana hak dispensing tidak mereka miliki. Sekiranya hak dispensing tersebut diberikan kepada ahli farmasi, kami yakin akan banyaklah farmasi yang akan dibuka, di serata ceruk di Malaysia. Sila baca rencana yang ditulis oleh Utusan Pengguna Februari, 2001 di bawah.

 

Masa hadapan

Walaupun hak dispensing masih belum diberikan kepada ahli farmasi, prospek pekerjaan dalam bidang ini agak cerah. Bilangan ahli farmasi di Malaysia adalah tidak mencukupi. Kadar seorang ahli farmasi : penduduk adalah sekitar 1:7,000. Lebih banyak farmasi perlu dibuka untuk memperkenalkan bidang ini kepada orang awam.

Kebanyakan farmasi dibuka di bandar-bandar kerana orang-orang bandar lebih mementingkan kesihatan mereka. Mereka lebih bersedia untuk mengambil makanan-makanan tambahan seperti vitamins dsb. Ahli farmasi harus memberikan penerangan yang lebih berkesan mengenai perkara ini. Konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan telah dapat diterima oleh kebanyakan orang.

Ada juga orang ramai yang tidak suka mengambil ubat berlebihan kerana kesan-kesan buruk ubat tersebut. Ahli farmasi boleh mencadangkan rawatan-rawatan alternatif yang ada.

Ahli farmasi hendaklah berkerja bersama-sama dengan doktor untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.

Response dan artikel dari majalah / surat khabar (sila klik untuk membacanya - perlukan talian ke internet)

The Star 26/09/1999

bullet

Doctors know only basics of pharmacy (Doktor hanya mengetahui perkara asas mengenai farmasi sahaja)

bullet

Drugs cheaper at pharmacy (Ubat-ubatan lebih murah di farmasi)

The Star 27/09/1999

bullet

More pharmacists needed for consumers to buy medicines (Lebih banyak farmasi diperlukan untuk memudahkan pembelian ubat-ubatan oleh pengguna)

The Star 27/11/2000

bullet

Plan must include easy access to pharmacists (Pelan mestilah mengambil kira kemudahan untuk mendapatkan khidmat farmasi)

The Star 28/11/2000

bullet

Docs should team up with pharmacists (Doktor perlulah bersama-sama bekerjasama dengan ahli farmasi)

The Star 27/02/2001

bullet

Only rights to let pharmacists dispense drugs (Adalah langkah yang betul untuk memberikan hak dispensing kepada farmasi)

bullet

Move will lower medicine cost to patients (Langkah pemisahan dispensing akan menyebabkan harga ubat yang lebih murah kepada pesakit)

Utusan Konsumer 02/2001

bullet

Doctors charge exorbitant drug prices. Act now to separate prescription and dispensing of medicine (Doktor mengenakan bayaran yang sangat tinggi kepada ubat-ubatan. Bertindak sekarang untuk memisahkan tugas perskripsi kepada doktor dan dispensing kepada ahli farmasi)