Make your own free website on Tripod.com

KITAR SEMULA UBAT-UBATAN

Setiap orang pernah merasai sakit dan mengambil ubat-ubatan. Kadang kala oleh kerana terlalu kerap sakit, atau mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dsb pesakit kerap mendapatkan rawatan. Sehubungan itu, bilangan ubat yang diambil dan tersimpan semakin hari semakin meningkat.

Kadang-kala kita sendiri sudah tidak mengetahui ubat-ubatan yang ada di dalam almari rumah kita itu untuk apa sebenarnya. Lebih-lebih lagi sekiranya ubat-ubatan tersebut tidak dilabelkan dengan sempurna.

Pembaziran ubat-ubatan ini akan berlaku bila:

Apa yang boleh anda lakukan dengan ubat-ubatan ini?

Farmasi Anis telah memulakan program kitar semula ubat-ubatan, yang bertujuan mengurangkan pembaziran ubat-ubatan ini. Bagaimanapun, untuk menyertainya, pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi:

Sila bawa ubat-ubat tersebut ke Farmasi Anis (alamat di bawah) untuk penilaian seterusnya. Kami mungkin akan membayar ubat-ubatan tersebut sekiranya ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Farmasi Anis

15G, Jalan 18/35

Taman Sri Serdang

43300 Seri Kembangan

Tel: 03-89410054

Fax: 03-89410089

Email: serdang@anispharmacy.com


 

Artikel dari Pusat Racun Negara (PRN). Sila lawat www.prn.gov.my

Ubat-ubatan adalah salah satu daripada komoditi penting dalam penjagaan kesihatan. Banyak sumber telah dibelanjakan untuk membe-kalkan ubat-ubatan kepada masyarakat umumnya bagi tujuan rawatan. Di Malaysia, ubat-ubatan bukan sahaja dapat diperolehi dalam kualiti yang baik dan terjamin berikutan daripada pendaftaran ubat-ubatan yang dilakukan sejak tahun 1985 lagi. Malah orang ramai dapat memilih daripada berbagai sumber, khususnya ubat-ubatan yang dikenali sebagai OTC (over-the-counter).

Namun demikian, pembaziran ubat-ubatan adalah satu fenomena yang sering berlaku akibat daripada penggunaan yang tidak rasional, baik daripada pihak yang memberi ubat, mahupun pihak yang menerima. Pembaziran ini sekaligus akan merugikan sumber dan membahayakan kesihatan. Ini lazimnya berlaku apabila para pesakit tidak menggunakan ubatnya sepertimana yang dikehendaki ataupun mengabaikan penggunaan ubat tersebut dengan anggapan bahawa penyakit mereka sudahpun sembuh.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara (PRN) baru-baru ini, terbukti bahawa di kebanyakan rumah terdapat ubat-ubatan yang disimpan begitu lama untuk tujuan digunakan semula apabila seseorang itu mengalami kesakitan yang serupa. Kajian PRN menunjukkan bahawa secara purata setiap rumah menyimpan sekurang-kurangnya empat (4) jenis ubat dan lebih penting lagi, kebanyakan daripada ubat-ubatan ini disimpan di merata tempat, setengahnya tidak sesuai dengan jenis ubat berkenaan yang meningkatkan lagi kemungkinan ubat-ubatan tersebut menjadi rosak. 

Dengan kata lain, ubat disimpan sedemikian rupa apabila digunakan semula boleh menyebabkan berbagai ancaman kesihatan termasuklah keracunan. Daripada kajian itu juga, sumber ubat-ubatan yang diperolehi sebahagian besarnya (anggaran 40%) adalah daripada klinik-klinik swasta, iaitu hampir empat (4) kali ganda berbanding dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada hospital-hospital. Lebih membimbangkan lagi 47% daripada ubat-ubatan ini tidakpun mempunyai nama. 65% daripadanya tidak pula mengandungi maklumat tentang tujuan ubat-ubatan ini diberikan kepada pesakit dan 84% daripadanya tiada tarikh luput.

Kesan ketiadaan maklumat

Ketiadaan maklumat-maklumat penting seumpama ini akan mendedahkan para pengguna kepada bahaya terutama sekali selepas sebegitu lama ubat disimpan dan ingin digunakan semula. Ketiadaan tarikh luput misalnya tidak memberi satu petanda tentang bila ubat-ubatan ini sepatutnya dibuang dan tidak digunakan lagi. Ketiadaan maklumat tentang tujuan ubat-ubatan akan menyukarkan lagi para pesakit menentukan bila ubat tersebut perlu digunakan apabila menghadapi sesuatu keadaan dan ini menjadi tambah rumit sekiranya dua (2) ubat yang agak serupa disimpan untuk tujuan yang sama. Ketiadaan nama ubat sudah tentu menyukarkan lagi rujukan dibuat sekiranya berlaku apa juga bentuk kemalangan yang melibatkan ubat-ubatan tersebut ataupun bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang jenis ubat yang digunakan. Rata-rata kajian juga menunjukkan bahawa peng-guna tidak juga dibekalkan dengan maklumat cara penyimpanan ubat dengan sempurna.

Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan daripada para pesakit yang ditemuduga tidak memahami secara mendalam tentang ubat-ubatan yang mereka simpan. Mereka tidak mempunyai sebarang maklumat-maklumat bertulis yang boleh dirujuk kembali untuk menentukan penggunaan yang selamat dan rasional. Maklumat-maklumat yang diberikan secara lisan apabila mendapat ubat tersebut kerap-kali telah luput daripada ingatan mereka. Dengan kata lain, ubat-ubatan yang disimpan di rumah-rumah adalah satu bentuk pembaziran yang agak jelas sekiranya pesakit tidak diberi pendedahan yang secukupnya. Ini malah merupakan sumber ancaman jika ubat disimpan untuk tujuan-tujuan tertentu dan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi mereka mengambil tindakan sewajarnya untuk melupuskan ubat-ubatan yang tidak dibekalkan.

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Malaysia masih memerlukan banyak pendidikan kesihatan tentang aspek ubat-ubatan: daripada segi penggunaannya, simpanannya dan juga daripada segi penilaian kos-berkesan tentang sesuatu ubat. Seandainya ini tidak ditangani dengan baik - kesihatan kita terus diancam oleh ubat-ubatan termasuklah risiko-risiko keracunan.