KONGSI RENCANA

 

Farmasi Anis tidak keberatan untuk membenarkan anda mencetak, menyalin, mengforward dsb artikel-artikel yang telah kami sediakan di dalam laman web ini. Malah Farmasi Anis telah memberikan kebenaran secara lisan kepada beberapa persatuan untuk memuatkan rencana-rencana ini di dalam buletin persatuan atau syarikat mereka.

 

Rencana-rencana yang telah kami tulis adalah usaha original ahli farmasi kami kecuali beberapa artikel. Dalam kes-kes ini selalunya kami akan menulis sumber rencana tersebut. Ini adalah sebagai penghargaan pada usaha dan masa yang telah diluangkan oleh penulis asli (original) dalam menghasilkan rencana-rencana tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkara ini, di harap dapat menghubungi kami melalui email di

 

Kepada anda yang ingin menggunakan sebarang rencana dari laman web ini, kami berharap anda dapat melakukan perkara-perkara ini:

bullet

Seelok-eloknya meminta kebenaran (tiada paksaan) daripada pihak kami melalui email atau telefon 03-89410054 (En Ibrahim). Ini hanyalah sebagai reference kami dan bukannya bertujuan untuk mengenakan sebarang caj. Informasi yang ada di dalam laman web ini semuanya percuma.

bullet

Kami amat berbesar hati sekiranya anda meletakkan sumber rencana diambil, sekurang-kurangnya dengan mengaitkannya dengan laman web kami www.anispharmacy.com. Kami berharap dengan cara ini, lebih ramai lagi orang yang akan melawati laman web kami dan ini menambahkan lagi keazaman kami untuk melakukan yang terbaik dalam memberikan informasi yang tepat kepada anda. Kepuasan anda sebagai pembaca adalah salah satu pendorong kami..

bullet

Seelok-eloknya juga diletakkan "disclaimer" kerana sumber pembacaan ini hanyalah sebagai panduan dan bukannya untuk menggantikan anda daripada mendapatkan nasihat terus daripada doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan dsb. Pihak kami tidak akan bertanggung-jawab sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini hasil daripada pembacaan rencana-rencana kami.

 

 

 

"Dan tidaklah Kami berikan kepada kamu semua daripada ilmu-ilmu melainkan hanya sedikit sahaja." - Mafhum Al-Quraan.

 

"Sekiranya air lautan itu dijadikan tinta untuk menulis kalimah-kalimah Allah, nescaya ia tidak akan mencukupi, walaupun Kami datangkan lagi satu lautan selepas itu." - Mafhum Al-Quraan.

 

"Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad (mati)." - Mafhum Al-Hadis.

 

"Ilmu pengetahuan itu lebih baik daripada harta. KAMU menjaga harta, tetapi ilmu pengetahuan menjagamu." - Syaidina Ali r.a.

 

"Berkongsilah ilmu. Ilmu, tidak seperti harta, tidak akan berkurang bila dikongsi dengan orang lain. Malah ia semakin banyak dan membiak."