Make your own free website on Tripod.com
  Sila dapatkan khidmat nasihat professional sebelum mencuba langkah-langkah atau produk-produk yang kami syorkan. Sila lihat "disclaimer" kami di sini  
  Cetak rencana iniSakit belakang masa mengandung  
 

 
 

Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Selalunya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dsb., rawatan segera adalah diperlukan.

Makanan kesihatan yang mengandungi kalsium adalah penting untuk ibu yang mengandung. Selalunya ia telah disertakan bersama-sama vitamin yang diambil seperti Obimin, dsb.

 

Awal mengandung

Perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung boleh menyebabkan ligamen yang menyokong tulang belakang meregang (relax). Ini boleh menyebabkan rasa sakit belakang. Anda disaran melakukan langkah-langkah yang sesuai untuk sesuatu aktiviti, seperti cara duduk yang betul, cara mengangkat barang yang betul, dsb.

Rasa sakit belakang yang disertai dengan tanda-tanda seperti 'cramp' di bahagian bawah perut atau pendarahan mungkin disebabkan oleh keguguran atau 'ectopic pregnancy'  iaitu mengandung di luar rahim. Dapatkan rawatan segera untuk menangani masalah ini.

 

Pertengahan mengandung

Sakit belakang pada waktu ini disebabkan oleh kombinasi seperti peregangan ligamen dan pertukaran pada 'posture' badan yang berlaku kerana berat bayi yang semakin bertambah. Amalkan langkah-langkah yang perlu (lihat di atas).

 

Penghujung mengandung

Sakit belakang waktu ini mungkin disebabkan oleh waktu melahirkan yang sudah hampir.

 
 

Kembali ke menu utama