Sila dapatkan khidmat nasihat professional sebelum mencuba langkah-langkah atau produk-produk yang kami syorkan. Sila lihat "disclaimer" kami di sini  
  Cetak rencana iniPerubahan kulit semasa mengandung  
 

 
 

Semasa mengandung, berlaku beberapa perubahan pada kulit akibat perubahan dalam kadar hormon badan seseorang ibu itu. Ada yang mendapati kulit mereka menjadi lebih berminyak dan ada yang lebih kering. Begitu juga, ada pesakit eczema yang mendapati penyakit mereka itu bertambah buruk dan ada juga yang semakin baik.

 

Chloasma

Tanda-tanda hitam atau gelap berlaku pada permukaan kulit muka. Chloasma berlaku kerana pertambahan pigmen kulit bernama melanin. Selain daripada itu, puting buah dada juga menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ada ibu yang mendapati satu garisan gelap yang terbentuk mulai dari pusat mereka ke bawah. Ini dinamakan linea nigra.

Keadaan ini juga berlaku semasa kedatangan haid pada sesetengah orang. Selalunya tanda-tanda ini akan hilang selepas melahirkan bayi.

Pengambilan Evening Primrose Oil mungkin boleh membantu.

 

Kulit berminyak

Kulit semakin berminyak dan jerawat menjadi semakin teruk adalah disebabkan kandungan progesterone yang meningkat semasa mengandung. Langkah-langkah yang perlu dilakukan termasuklah mencuci muka dengan lebih kerap. Penggunaan ubatan luaran adalah selamat. Antara produk yang baik ialah pencuci muka dan gel yang mengandungi bahan-bahan yang diperbuat dari sumber asli tea tree oil. (Pokok tea tree ini banyak di Australia dan ia didapati baik untuk mengawal kuman dsb. Ada beberapa persediaan di pasaran).

 

Kulit kering

Kulit menjadi lebih kering terutamanya di bahagian perut. Sekiranya ia semakin teruk ia boleh menyebabkan ibu merasa gatal di bahagian berkenaan. Pengambilan makanan tambahan seperti Evening Primrose Oil sangat digalakkan. Sila lihat www.anispharmacy.com/epo.htm. Anda juga boleh menyapu krim pelembap selepas mandi atau menggunakan baby oil.

 

Stretch mark

Regangan yang berlaku semasa mengandung akan surut selepas melahirkan bayi. Bila ini berlaku kulit di bahagian perut akan membentuk jaluran dan parut yang dikenali sebagai stretch mark. Ia juga boleh berlaku pada buah dada, peha, bahagian punggung dan tangan. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung. Selain daripada itu krim daripada calendula atau cocoa butter mungkin boleh membantu. Anda juga boleh menggunakan gel-gel slimming yang banyak dipasaran selepas melahirkan anak. Gel seperti ini membantu membakar lemak di samping membuang kesan-kesan stretch mark.

 
 

Kembali ke menu utama