Nombor-nombor yang boleh menyelamatkan nyawa anda.


Pernahkah anda mendengar berita sedih tentang kawan-kawan atau kenalan-kenalan anda yang tiba-tiba diserang penyakit-penyakit tertentu? Ia tentunya satu pengalaman yang pahit. Lebih memilukan lagi kerana sebenarnya penyakit-penyakit ini boleh dicegah sekiranya nombor-nombor tertentu diketahui (dan tindakan susulan diambil).

Kebanyakan kita dapat menghafal nombor-nombor tertentu seperti nombor telefon rumah, password kad ATM dsb. Bagaimanapun, berapa ramaikah di antara kita yang menghafal atau tahu nombor-nombor penting yang boleh menyelamatkan nyawa kita?

Nombor-nombor penting yang kami maksudkan ialah:

bullet

kandungan kolesterol anda

bullet

tekanan darah

bullet

BMI

bullet

kandungan gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis atau yang cenderung untuk menghidap kencing manis).

Mungkin ada yang tahu tetapi majoriti kita akan terkebil-kebil bila salah seorang kawan kita bertanya "Berapa bacaan (nombor) kolesterol awak?". Ada yang tahu kepentingan bacaan-bacaan ini tetapi tidak ambil kisah dengannya. Yang lebih malang lagi, ada juga yang tidak tahu bahawa mengetahui nombor-nombor tersebut sangat penting dan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

 

Kandungan kolesterol

Ramai yang beranggapan bahawa kandungan kolesterol ini hanya penting untuk diketahui oleh orang-orang yang sudah berusia 40 tahun ke atas sahaja. Malah kebanyakan orang hanya mengetahui kandungan kolesterol mereka bila mereka telah diserang sakit jantung atau angin ahmar (stroke) sahaja. [Masalah kolesterol tinggi menyumbang kepada risiko mendapat serangan sakit jantung dan stroke. Serangan-serangan ini boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa anda duga].

Kandungan kolesterol ini penting diketahui walaupun anda hanya berusia 20 tahun atau 30 tahun. Sekiranya kandungan kolesterol anda melebihi tahap yang telah ditetapkan, anda perlu melakukan langkah-langkah berjaga-jaga seperti memulakan cara hidup yang sihat dengan bersenam secara tetap dan mengambil makanan yang rendah lemak atau kolesterol. Ini boleh membantu anda memanjangkan usia anda (dengan izin Tuhan, isya-Allah). Sekiranya anda tidak mengetahui kandungan kolesterol anda, sudah tentu anda akan "hentam" sahaja apa juga jenis makanan yang terhidang di depan mata anda. Waktu lapang pula, anda tentu lebih gemar menonton TV sahaja daripada melakukan aktiviti sukan (atau sekurang-kurangnya membantu isteri anda di dapur???)

Pemeriksaan kandungan kolesterol ini boleh dilakukan di mana-mana klinik atau farmasi dengan kos hanyalah sekitar RM 12 sahaja. Jangan tunggu sampai esok. Ia juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.


Tekanan darah

Setiap orang perlu mengetahui tekanan darahnya. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan masalah-masalah yang boleh membawa maut seperti lemah jantung, dsb. Pemeriksaan ini boleh dilakukan di klinik-klinik dan farmasi-farmasi berdekatan (selalunya percuma sahaja). Ahli farmasi boleh membuat pemeriksaan dan memberitahu anda bacaan tekanan darah anda. Untuk membuat sebarang kesimpulan atau diagnosis, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor anda.

Pesakit tekanan darah tinggi yang sedia ada pula perlu memeriksa tekanan darah dengan lebih kerap, contohnya setiap hari. Ini boleh dilakukan dengan mudah sekiranya anda mempunyai mesin pemeriksa tekanan darah yang boleh dibeli dari farmasi.



BMI

Apakah pula bacaan BMI anda? Tidak tahu juga.... Baca seterusnya.

BMI merupakan singkatan kepada Body Mass Index. BMI menentukan sama ada anda kurus, gemuk, obese dsb. Kepentingan mengetahui BMI ini penting terutamaya kepada anda yang terlebih berat. Untuk mengetahui bacaan BMI anda cuma buat pengiraan mengikut formula ini: berat/(tinggi x tinggi). Berat dalam kg dan tinggi dalam meter. Sekiranya anda tergolong di dalam kalangan orang obese, anda perlu segera mengambil tindakan tertentu terutamanya mengawal pengambilan makanan dan melakukan aktiviti sukan.

 

Rujukan-rujukan lain:

bullet

Tekanan darah - www.anispharmacy.com/bp.htm

bullet

Bagi yang malas untuk mengira BMI, sila lawat laman ini - www.anispharmacy.com/berat_bmi.htm

bullet

Kencing manis - www.anispharmacy.com/kencing_manis.htm