Make your own free website on Tripod.com

Muka depan

beli-belah
rencana
articles
kerjaya
visi / misi
cawangan
feedback
guestbook
link

 

 

 

 

Pulse Pure Fish Oils

Kajian menunjukkan minyak ikan seperti yang banyak diambil oleh orang Jepun, orang Inuit di Kanada dan orang di Greenland kaya dengan EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid). Bahan-bahan ini penting dalam pembentukan Omega-3. Omega-3 sesuai untuk mereka yang berkolesterol tinggi. Di samping itu, kajian terbaru menunjukkan DHA boleh membantu dalam masalah yang berkaitan dengan memori dan kecerdikan anak-anak yang sedang membesar.

 

 

Panadol

Panadol mengandungi paracetamol atau nama lainnya acetaminophen. Ia digunakan untuk melegakan sakit-sakit dan juga demam panas. Oleh kerana banyak produk yang mengandungi paracetamol, anda perlu berhati-hati supaya tidak mengambilnya melebihi dos yang disyorkan. Pengambilan untuk jangkamasa yang lama boleh membawa kesan sampingan yang tidak baik. Dos yang disyorkan ialah dua biji bila perlu (bersamaan dengan 1000mg paracetamol). Pada masa ini terdapat produk yang mengandungi hanya 650mg paracetamol; oleh itu anda cuma perlu mengambil sebiji sahaja, dan ini mungkin boleh mengawal kesan-kesan sampingannya. Antara produk itu ialah Panadol 650mg dan Uphamol 650mg.
 

Senokot

Senokot mengandungi senna (dari pokok), yang berkesan membantu bagi yang menghadapi masalah sembelit. Anda perlu mengambilnya dua sehingga empat biji sebelum tidur, dan insya-Allah melihat kesannya pada pagi esok. Selalunya Senokot tidak menyebabkan cirit-birit jika diambil dalam dos yang disyorkan.

 

 

Chitosan

Chitosan diperbuat daripada kulit-kulit kerang. Ia didapati boleh menarik lemak-lemak dari makanan anda. Oleh itu penyerapan lemak dapat dikurangkan. Ia berguna untuk mereka yang suka mengamalkan makanan berminyak dan berlemak tinggi. Penggunaannya yang berterusan tidak digalakkan. Ini kerana badan anda masih lagi memerlukan kolesterol yang baik. Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain, jangan ambil pada waktu yang sama dengan chitosan. Pil perancang, umpamanya, diperbuat dari bahan kolesterol. Sekiranya anda mengambilnya bersama-sama dikhuatiri pil tersebut tidak diserap. Ibu yang mengandung dan orang yang menghadapi masalah gout tidak digalakkan mengambilnya.