Make your own free website on Tripod.com

Apakah dia Hepatitis B

Hepatitis B ialah sejenis penyakit SERIUS yang disebabkan oleh virus HBV. Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti hepatitis kronik, cirrhosis, kegagalan hati dan kanser hati.

Ia disebarkan oleh individu yang mempunyai penyakit ini kepada orang lain. Di anggarkan 300 - 350 juta penduduk dunia ialah pembawa penyakit hepatitis B. Lebih kurang 2,000 juta orang dijangkiti virus ini dan 2 juta mati setiap tahun akibat penyakit hati disebabkan oleh hepatitis B.

Tanda-tanda

Tanda-tanda awal adalah seperti juga tanda-tanda selsema -  demam, rasa sejuk, rasa penat, sakit kepala, sakit perut, muntah, hilang selera makan, sakit otot dan sendi. Kemudiannya ia akan menyebabkan jaundis (kuning) kulit dan juga mata putih. Air kencing menjadi agak gelap dan najis berwarna agak cerah.

Jangkitan

Hepatitis B berjangkit melalui darah yang mengandungi virus ini. Ia juga merebak melalui cecair badan yang lain seperti air liur, air mani (lelaki dan wanita) melalui jarum atau hubungan seks. Ia juga boleh dijangkiti sekiranya menggunakan barangan orang yang telah dijangkiti seperti berus gigi, pisau cukur, dsb.

Hepatitis B adalah sejenis jangkitan yang boleh DICEGAH melalui program vaksin. Selalunya 3 suntikan dalam masa 5 bulan diperlukan untuk tujuan ini (Bulan pertama, kedua dan kelima).

Untuk keterangan lanjut mengenai hepatitis, sila lawat http://www.anispharmacy.com/hepatitis.htm

Pemeriksaan Hepatitis B di Farmasi Anis Serdang

Pemeriksaan hepatitis B akan dilakukan di Farmasi Anis Serdang:

bullet Masa: 8:00 malam hingga 10:00 malam
bullet Tarikh: 25-August-2004 (Rabu)
bullet Bayaran: RM 9.00

Sekiranya didapati anda seorang pembawa virus hepatitis B, anda perlu mendapatkan rawatan segera.

Sekiranya didapati anda bukan pembawa virus hepatitis B, anda boleh mengambil vaksin pencegah hepatitis B (3 kali dalam masa 5 bulan) di Farmasi Anis.

 

Saya berminat untuk menjalani pemeriksaan Hepatitis B di Farmasi Anis pada 25-08-2004

 

 

 

 

 

 

 

Pembayaran

RM9.00

 

Deposit diterima oleh

 

 

 

 

 

Nama (bagi pihak Farmasi Anis)

 

%

 

 

 

 

 

Pembayaran RM 9.00 telah diterima dari:

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama

 

 

No. boleh dihubungi