LELAKI: MASALAH KENCING / PROSTAT

 

Lebih daripada 50% lelaki yang berusia 45 tahun dan 90% lelaki berusia 53 tahun mengalami masalah berkaitan dengan kencing. Kebanyakan daripada mereka ini berpendapat bahawa ia hanyalah disebabkan oleh faktor usia yang semakin meningkat. Oleh itu mereka mungkin keberatan untuk mendapatkan bantuan professional. Walaupun keadaan ini tidak menyebabkan kematian, ia boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih berat sekiranya tidak dirawat.

Ada banyak jenis penyakit yang boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan kencing ini. Antaranya ialah:

bullet

Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)

bullet

Prostatitis

bullet

Cystitis

bullet

Prostate cancer

bullet

Urethral stricture

bullet

Bladder disorders

 

Tanda-tanda

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit berkaitan dengan kencing ialah :

bullet

kerap kencing, contohnya kecing setiap 30 minit atau kurang terutamanya pada waktu malam. Selalunya jumlah air kencing adalah sedikit sahaja.

bullet

Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak.

bullet

Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat.

bullet

Sukar untuk memulakan kencing.

bullet

Kencing tidak tus (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis).

bullet

Meneran untuk mengeluarkan air kencing.

bullet

Perasaan bahawa anda perlu berkencing lagi walaupun baru sahaja melakukannya.

Sebab utama masalah kencing ini ialah BPH. BPH adalah sejenis keadaan di mana kelenjar prostat membesar dengan cepat. Keadaan ini bukanlah sejenis kanser.

 

Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) (Benign = bukan kanser; Prostatic = kelenjar; Hyperlasia = pertumbuhan yang tinggi)

Punca BPH berlaku tidak diketahui. Namun para penyelidik mendapati bahawa BPH semakin kerap berlaku apabila umur seseorang lelaki meningkat. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku pada seseorang lelaki yang semakin berumur.

Selepas akil baligh, kandungan hormon testosterone turun manakala hormon-hormon lain seperti prolaktin, estradiol, hormon follicle-stimulating, hormon lutenizing dan sebagainya naik. Hormon-hormon ini menggalakkan penukaran testosterone kepada dihydrotestosterone (DHT). DHT inilah hormon yang bertanggung jawab menyebabkan berlakunya BPH.

“Benign” dalam nama penyakit ini bermaksud ia bukan barah. Oleh itu BPH bukanlah barah prostat. Walaubagaimanapun perlulah dipastikan yang ketumbuhan itu bukan barah. BPH adalah ketumbuhan bukan barah yang paling lazim berlaku di kalangan kaum lelaki.

BPH berlaku apabila bilangan sel di dalam prostat mula bertambah dan mengakibatkan kelenjar prostat menjadi lebih besar. Pembesaran ini berlaku sedikit demi sedikit dan mengambil masa agak lama. Sebenarnya, kebanyakan lelaki tidak sedar akan masalah ini sehingga prostat cukup besar untuk menimbulkan simptom yang berkaitan, terutamanya selepas umur 50 tahun.

 

Kelenjar Prostat

Prostat adalah organ yang terletak betul-betul di bawah pundi kencing. Ia berbentuk seperti donut yang mengelilingi saluran kencing. Prostat sebahagiannya diperbuat daripada serat-serat otot. Kelenjar prostat (prostate gland) ini menghasilkan cecair mani, manakala otot-ototnya itu akan menolak cecair ini semasa ejakulasi (pancutan semasa hubungan seks). Selain daripada itu, otot-otot ini juga berkerja bersama-sama dengan otot pundi kencing untuk mengawal pengaliran air kencing.

Dalam kes-kes BPH, prostat yang semakin membesar akan menekan saluran kencing dan pundi kencing. Ini menyebabkan air kencing di dalam pundi kencing tidak dapat dikeluarkan secara berkesan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan pesakit-pesakit yang tua membuang air kencing lebih kerap, pengaliran tidak kuat, dan sebagainya - seperti yang telah diterangkan di atas.

 

Kesan-kesan BPH

Sekiranya tidak dirawat, BPH boleh menyebabkan masalah-masalah lain seperti :

bullet

sukar untuk tidur, menyebabkan penurunan di dalam konsentrasi semasa bekerja, dsb.

bullet

dikhuatiri airi kencing akan naik semula ke bahagian buah pinggang melalui saluran kencing, dan menyebabkan kerosakan buah pinggang yang kekal.

bullet

air kencing yang tidak dibuang di dalam pundi kencing mungkin terdedah kepada jangkitan kuman, oleh itu risiko jangkitan kuman kepada pundi kencing meningkat. Ini akan memburukkan lagi BPH.

bullet

teranan yang berpanjangan ke atas pundi kencing (untuk membuang air kencing) boleh menebalkan dinding pundi kencing dan melemahkan otot-ototnya. Ini boleh menyebabkan pundi kencing tidak berfungsi.

 

Jalan penyelesaian

BPH tidak boleh disembuhkan melainkan dengan cara pembedahan, di mana tisu yang terlebih itu dibuang. Kaedah pembedahan ini telah lama diamalkan dan oleh itu kelebihan dan risikonya memang sudah diketahui umum. Cara paling lazim dan berkesan untuk merawat BPH ialah pembedahan yang disebut Reseksi Transuretral Prostat atau TURP (Transurethral Resection of the Prostrate). Dalam pembedahan ini, pesakit akan dibius dan doktor akan memasukkan satu alat khas ke dalam uretra melalui zakar. Doktor kemudian akan membuang sebahagian daripada bahagian dalam prostat. Biasanya pesakit perlu tinggal dihospital selama 3 hari. Pembedahan jenis lain adalah Insisi Transuretral Prostat atau TUIP (Transurethral Incision on the Prostate) dan Prostatektomi Terbuka (Open Prostatectomy). Pembedahan TUIP boleh dijalankan jika prostat tidak terlalu besar. Sejenis alat akan dimasukkan ke dalam uretra untuk membuat satu atau dua potongan pada prostat. Hasilnya, tekanan pada uretra akan berkurang dan dengan itu pesakit lebih mudah kencing. Pembedahan Prostatektomi Terbuka boleh digunakan jika prostat sudah menjadi sangat besar. Sebahagian daripada bahagian dalam prostat akan dibuang.

Rawatan-rawatan lain yang ada kini bagaimanapun dapat membantu mengatasi simptom-simptom BPH. Antara yang sering digunakan ialah :

bullet

Perubatan herba yang mengandungi Saw Palmetto dan Pumpkin Seed. Produk ini telah digunakan dan didapati sangat berkesan. Saw Palmetto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan Pumpkin seed, Nettle root atau Pygeum.
bullet

Saw Palmetto (Serenoa serrulata) adalah pokok sawit kecil yang tumbuh di Pinggiran Pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat. Saw Palmetto mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, DHT tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan di hancurkan dan kemudiannya dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan.

bullet

Pumpkin seed (Cucurbita pepo) juga telah digunakan sejak lama dulu dalam menangani masalah prostat. Ia banyak diamalkan di Eropah. Ia dikatakan berkesan kerana mempunyai kandungan "asid lemak perlu", zink dan sterol.

bullet

Pengambilan kedua-dua produk di atas sekaligus didapati selamat dan sangat berkesan. Kesan baikpulih dapat dilihat dalam masa 4 minggu.

bullet

Ubat-ubat konvensional seperti :
bullet

Finasteride yang menahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu testosterone tidak boleh bertukar kepada DHT.

bullet

Terazosin, doxazosin, dsb. Produk jenis ini me'relex'kan otot-otot prostat. Ini akan mengurangkan tekanan yang diberikan kepada saluran kencing.

 

Perkara-perkara lain

bullet

Perubatan herba memberikan satu alternatif untuk membantu merawat BPH secara semulajadi.

bullet

Pembedahan, walaupun merupakan satu penyelesaian segera, tidak mengambil kira tentang sebab penyakit ini berakar umbi. Ini bermakna masih ada kemungkinan ia akan berlaku semula bila keadaan mengizinkan, seperti bila berlakunya perubahan hormon dan sebagainya. Penggunaan ubat-ubatan moden pula merupakan satu cara yang sangat efektif. Bagimanapun ada orang yang akan mengalami kesan-kesan sampingan tertentu.

bullet

Pengubahsuaian cara hidup adalah penting untuk membantu mengurangkan simptom-simptom BPH :
bullet

Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya. Zink sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ yang lain. Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan penukaran hormon testosterone kepada DHT.

bullet

Kurang senaman akan menyebabkan perjalanan darah tidak begitu lancar. Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada prostat. Anda digalakkan bersenam mengikut jadual.

bullet

Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ia mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase dan kandungan DHT akan meningkat.

bullet

Merokok akan menyebabkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaan pesakit BPH.

bullet

Makanan yang kaya dengan karbohidrat dan kolesterol boleh memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya diet yang kaya dengan protin didapati membantu mengurangkan simptom-simptom BPH.

bullet

"Asid lemak perlu" seperti Omega-3 dan Omega-6 adalah penting untuk pembikinan pelbagai jenis hormon lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah BPH didapati mengambil "asid lemak perlu" ini dalam kuantiti yang tidak mencukupi.

 

Penutup

Sekiranya anda syak anda menghidap BPH, dapatkan nasihat doktor anda untuk memastikan bahawa anda tidak menghidap kanser prostat kerana tanda-tandanya sama dengan BPH. Selain itu amalkan cara-cara berikut :

bullet

Ambil sekurang-kurangnya 30mg zink sehari

bullet

Ambil Omega-3 (minyak ikan - sila lihat www.anispharmacy.com/dha.htm) dan Omega-6 (EPO - sila lihat www.anispharmacy.com/epo.htm)

bullet

Tambah pengambilan sayur-sayur hijau yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat

bullet

Amalkan pengambilan herba Saw Palmetto dan Pumpkin seed 3 kali sehari selepas makan. Kesan baiknya akan dapat dilihat dalam masa 4 minggu. Selepas itu dos boleh dikurangkan kepada sebiji sehari. << Dapatkan dari Farmasi Anis sekarang >>.

bullet

Berhenti meminum alkohol

bullet

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari untuk membuang toksin dari badan

bullet

Senaman yang berjadual dapat meningkatkan perjalanan darah ke bahagian prostat

bullet

Kurangkan pengambilan daging dan lemak haiwan. Kandungan lemak tepu yang tinggi diakitkan dengan risiko kanser prostat yang lebih tinggi

bullet

Genistein yang terdapat di dalam protin soya dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser prostat