KESIHATAN REPRODUKTIF (PERANAKAN)

Definisi

Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif (sistem peranakan).

Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

 

Kesihatan seksual

bullet

Kesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif.

bullet

Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak.

bullet

Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

 

Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga ?

bullet

Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam masyarakat.

bullet

Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.

bullet

Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.

 

Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga

 

Peranan suami isteri

bullet

Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

bullet

Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual.

bullet

Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka.

bullet

Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.

bullet

Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.

 

Peranan ibu bapa

bullet

Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

bullet

Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan reproduktif.

bullet

Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.

bullet

Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan.

bullet

Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya.

bullet

Mengajar batasan dalam pergaulan.

 

Peranan keluarga

bullet

Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga.

bullet

Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda.

bullet

Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang.

bullet

Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat.

bullet

Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.

 

Kitaran reproduktif

 

Bayi dan anak

bullet

Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi sepenuhnya.

bullet

Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ seks mereka.

bullet

Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal :
bullet

di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele, undescended testis dan inguinal hernia

bullet

di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina

 

Peringkat remaja

bullet

Pada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahan lain yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikut jantina. Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.

bullet

Remaja perempuan - ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen. Ini mengakibatkan :
bullet

pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan berubah

bullet

penghasilan ovum dan kitaran haid

bullet

bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari

bullet

jerawat mula tumbuh

bullet

suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang

bullet

Remaja lelaki - testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon ini membuatkan lelaki :
bullet

tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada badan seperti misai dan janggut

bullet

suara mulai garau

bullet

menggalak pembinaan otot

bullet

mulai menghasilkan sperma

bullet

bahu dan dada menjadi bidang

bullet

jerawat mula tumbuh

bullet

mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani

bullet

zakar dan buah zakar mula membesar

 

Persediaan untuk berumahtangga

bullet

Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak agar bijak memilih teman hidup yang sesuai.

bullet

Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama.

bullet

Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni.

bullet

Persediaan perkahwinan termasuklah :
bullet

Memahami fungsi organ seks

bullet

Memastikan diri dan pasangan sihat dan bebas daripada penyakit

bullet

Mengetahui perilaku seks yang selamat

bullet

Mengetahu mengenai perancangan keluarga

 

Persediaan untuk menimang cahaya mata

bullet

Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan terjadi semasa kehamilan.

bullet

Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan.

bullet

Ini termasuklah :
bullet

Pemakanan sihat

bullet

Senaman

bullet

Menghentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah

bullet

memahami proses kehamilan, kelahiran dan kepentingan penyusuan susu ibu

bullet

Suami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab sebagai bapa, antaranya :
bullet

Hentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambil dadah

bullet

Peka kepada perubahan emosi dan fizikal isteri yang hamil

bullet

Mengikut perkembangan kehamilan bersama isteri

bullet

Menggalakkan isteri mendapatkan pemeriksaan ante-natal awal dan berkala

bullet

Merancang kelahiran yang sihat

bullet

Membuat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi

 

Pembentukan keluarga bahagia

bullet

Kebahagian keluarga akan tercapai sekiranya keluarga itu dirancang kerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada kesejahteraan semua ahlinya.

bullet

Eleman-eleman keluarga bahagia :
bullet

Kasih sayang dan persefahaman

bullet

Perlindungan fizikal, mental dan emosi

bullet

Pengasuhan, pendidikan dan bimbingan

bullet

Keadilan

bullet

Kestabilan ekonomi rumahtangga

bullet

Penjagaan kesihatan setiap ahli keluarga

 

Keluarga terancang

bullet

Menentukan bilangan anak yang diingini berdasarkan keupayaan kesihatan anda

bullet

Memastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusukan bayi

bullet

Suami perlu menyokong secara aktif kaedah perancangan keluarga yang dipersetujui bersama

 

Persediaan menghadapi klimakterik

Setiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila ia melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidak reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.

 

Klimakterik di kalangan wanita adalah :

bullet

Menopos (putus haid)

bullet

Perubahan emosi dan seksual

bullet

Peningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan

Tanda-tanda awal menopos adalah :

bullet

Perasaan panas (hot flush)

bullet

kekeringan faraj

bullet

Berpeluh malam

bullet

Keletihan

bullet

Kesukaran untuk tidur

 

Klimakterik di kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelaki berumur). Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada gejala-gejala berikut :

bullet

Kurang daya dan minat seks

bullet

Kurang keyakinan diri

bullet

Kurang daya tumpuan

bullet

Kemurungan

bullet

Rasa mudah tersinggung

bullet

Sukar untuk tidur

bullet

Kegelisahan

bullet

Sakit tulang dan sendi

bullet

Kelenturan kulit

 

Gejala-gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :

bullet

Amalkan pemakanan yang sihat

bullet

Bersenam

bullet

Berhenti merokok

bullet

Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita)

bullet

Tidur yang mencukupi

bullet

Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru

bullet

Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak

bullet

Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih

Kegemilan hidup dalam usia emas

bullet

Usia tua adalah satu fasa dalam perjalanan hidup. Ia boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna.

bullet

Anda juga boleh terus menikmati hubungan seksual seperti biasa.

 

Isu-isu berkaitan

 

Seks selamat

bullet

Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan

bullet

Menggunakan kaedah perancangan keluarga sekiranya dinasihatkan demikian

bullet

Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika ada jangkitan kelamin

bullet

Elakkan hubungan seks berisiko :
bullet

Memulakan aktiviti seks pada usia awal

bullet

Hubungan seks dengan berbilang pasangan

bullet

Hubungan seks rambang

bullet

Memperdagangkan seks / pelacuran

bullet

Pasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seks

bullet

Hubungan seks luar nikah

 

Jangkitan kelamin

bullet

Jenis-jenis jangkitan kelamin
bullet

Chlamydia

bullet

Trichomoniasis

bullet

Sifilis

bullet

Gonorrhoea

bullet

HIV

bullet

HPV

bullet

Hepatitis B

bullet

Herpes

bullet

Implikasi kesihatan
bullet

Kerosakan pada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulan

bullet

Penyakit AIDS adalah akibat daripada jangkitan HIV

bullet

Penyakit lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan transmisi HIV / AIDS

bullet

Kesan kepada janin
bullet

Kematian dalam kandungan

bullet

Kelahiran tidak cukup bulan

bullet

Perkembangan janin yang tidak normal

bullet

Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakit apabila bayi dilahirkan

bullet

Pencegahan
bullet

Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan produktif

bullet

Mengamalkan seks selamat

 

Penderaan seks

bullet

Perhubungan seks tanpa persetujuan

bullet

Hubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja di bawah usia 16 tahun, walaupun dengan persetujuan mereka

bullet

Selalunya berkaitan dengan keganasan

bullet

Peristiwa yang traumatik yang memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga

bullet

Mangsa mungkin mengalami :
bullet

Masalah seksual

bullet

Mengamalkan tingkah laku seks yang berisiko

bullet

Mengalami tekanan emosi

 

Langkah pencegahan penderaan seks

bullet

Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks

bullet

Pendidikan seks mengikut tahap umur

bullet

Mengetahui batas-batas perhubungan

bullet

Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks

bullet

Mendapatkan rawatan awal

 

bullet

Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks bullet

Mendapatkan rawatan awal