Ruam lampin

Ruam lampin (nappy rash, napkin rash, diaper rash) ialah ruam-ruam merah di kawasan kemaluan dan punggung. Sebagaimana namanya, ia kerap berlaku pada kanak-kanak terutamanya bayi.

 

Tanda-tanda

 

Penyebab

Bahagian punggung dan kemaluan yang basah akibat air kencing adalah penyebab ruam lampin yang kerap. Ini berlaku bila air kencing tersebut bertindakbalas untuk menghasilkan ammonia dan acetone. Bahan-bahan inilah yang menyebabkan iritasi kepada kulit bayi yang lembut itu. Ia bertindak dengan memecahkan lapisan pelindung yang biasanya dihasilkan oleh kulit. Akhirnya, kulit menjadi merah dan mungkin membengkak. Ini juga memberikan laluan kepada kuman dan kulat untuk menyerang kawasan kulit berkaitan.

Oleh kerana faktor kelembapan, jangkitan yang paling kerap berlaku dalam kes ini ialah jangkitan kulat seperti kulat Candida albicans. Dalam keadaan ini, ruam akan membentuk kluster (kelompok-kelompok) di kawasan terbabit. Jangkitan kulat juga adalah lebih kerap sekiranya bayi atau kanak-kanak tersebut sedang diberikan ubat antibiotik. Sila lihat www.anispharmacy.com/antibiotik.htm

Jangkitan kuman (bakteria) pula akan lebih mudah berlaku sekiranya kulit menjadi luka atau mengelepuh. Selalunya ia akan bernanah.

Ruam mungkin juga berlaku akibat sabun yang tertinggal semasa mencuci pakaian bayi. Kulit bayi yang sensitif terdedah kepada bahan kimia dari sabun tersebut. Bayi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif berbanding bayi biasa akan menunjukkan reaksi yang lebih kuat lagi. Bahan kimia di dalam baby wipes tertentu juga boleh menyebabkan ruam lampin.

Najis yang dibiarkan lama tidak dicuci juga boleh menyebabkan ruam di samping kesan-kesan lain seperti jangkitan kuman. Ini lebih kerap berlaku sekiranya bayi mengalami masalah cirit-birit.

 

Rawatan

 

Langkah-langkah pencegahan

 

Jangan