Make your own free website on Tripod.com

SALINDAH.com

Hanya yang terbaik untuk ibu hamil

  

[Muka depan]   [Kelebihan]   [Penggunaan]   [Testimoni]   [Harga]   [Pesanan]   [Rencana-rencana]

      

Sembelit

Sembelit berlaku bila :

anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras

anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).

Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

 

Sebab-sebab berlakunya sembelit

kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula

kurang minum air

selalu menahan diri daripada membuang air besar

kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan

sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan

berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit

penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)

ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium

makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)

irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)

penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)

penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah)

untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit

untuk orang tua - oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman

Apa yang boleh anda lakukan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :

minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan

makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan

kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).

tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda

Ambil ubat :

Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax). Pengambilannya tidak boleh diamalkan (sila lihat di atas). Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)

Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang. Pengambilan ubatan yang mengandungi macrogol seperti Forlax adalah lebih digalakkan.

Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar

Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini kerana kesan-kesan sampingannya

ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg

ambil mineral magnesium

ambil bawang putih

ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau persediaan kapsul yang dijual di farmasi)

antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint

Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba. Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).