SELAMATKAH UBAT YANG ANDA AMBIL

Pastikah anda tentang keselamatan ubat yang anda makan? Semua ubat, termasuk ubat herba dan ubat-ubat cina, dan vitamin tertakluk kepada undang-undang.

Ubat-ubat dan vitamin yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab dengan proses pendaftaran ini ialah BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) yang terletak di Petaling Jaya.

Setiap ubat dan vitamin yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran. Sila pastikan barangan yang anda ingin beli itu mempunyai salah satu label berikut :

PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah - Drug Control Authority)

MAL (Malaysia)

 

Sebagai contoh :

1 - Ventolin inhaler yag digunakan untuk asthma mempunyai label PBKD/870756A

2 - Panadol 50s mempunyai label MAL 19950080X

3 - Ubat cina Ling Dan mempunyai label MAL 19985281TC

PBKD adalah label yang lama, yang kini telah digantikan dengan MAL.

Dengan menggunakan produk yang berdaftar dengan KKM anda boleh merasa yakin dengan ketulenan isi kandungannya (seperti dijamin tidak mengandungi steroid, dan sebagainya).

Pastikan selain daripada tarikh luput sesuatu barangan, jangan lupa untuk memeriksa PBKD ataupun MAL nya.

Untuk memeriksa kesahihan nombor MAL atau PBKD, anda boleh memeriksanya dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmasi di sini.