SELSEMA

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

 

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

bullet

sakit tekak

bullet

sakit kepala dan sakit badan

bullet

mata berair

bullet

demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)

bullet

hidung berair

bullet

hidung tersumbat

bullet

batuk, selalunya tanpa kahak

 

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng'klik' di sini).