ULSER MULUT
Ulser
mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam
masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah
serius dan juga tidak berjangkit.
Siapakah
orang selalu menghidap penyakit ini ?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan
mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu
kedatangan haid.
Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
 |
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia
selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. |
 |
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2
atau 3 mm besarnya. |
 |
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila
ulser tersentuh dengan makanan atau minuman. |
Sebab-sebab terjadinya
ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan
jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
 |
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut
seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan
sebagainya. |
 |
daya menahan sakit yang lemah. |
 |
kekurangan zat dalam makanan yang diambil. |
 |
tekanan perasaan (stress). |
 |
alahan kepada makanan seperti nanas dsb. |
 |
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit
berkaitan dengan sistem penghadaman. |
 |
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan
daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang
menyebabkan mulut menjadi kering). |
Langkah-langkah
yang boleh anda lakukan
 |
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah. |
 |
kurangkan air berasid. |
 |
gunakan antiseptik untuk berkumur. |
 |
letak gel untuk ulser di tempat yang kena.
Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda
boleh dapatkannya dari farmasi. |
 |
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk
melegakan sakit. |
 |
minum air dengan banyak. |
 |
elakkan daripada tekanan perasaan dengan
mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion. |
 |
ambil mineral zink dan zat besi. |
 |
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B
12. |
 |
vitamin A dan D penting untuk kesihatan
lapisan mulut. |
 |
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan
sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. |
 |
pengambilan probiotik seprti acidophilus
(terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu. |
Buat
pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
 |
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
|
 |
ulser berdarah.
|
 |
tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
|
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan
keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh
perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.
|