KERJAYA DI FARMASI ANIS

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dengan Farmasi Anis, sila isi borang yang disertakan. Tunggu dulu, pastikan anda mempunyai ciri-ciri ini dahulu sebelum memohon:

bullet

suka bergaul dengan pelanggan

bullet

peramah

bullet

jujur dan amanah

bullet

boleh bekerja di luar waktu pejabat (kena balik waktu malam !!!)

bullet

boleh bekerja dalam kumpulan atau secara sendirian tanpa pengawasan

 

Apa yang boleh anda dapati dengan bekerja dengan Farmasi Anis ?

Farmasi Anis adalah sebuah rangkaian farmasi yang dimiliki oleh individu-individu Malaysia Bumiputera. Dalam menjalankan tugas-tugas seharian di farmasi, nilai-nilai kemelayuan dan yang terlebih penting Islam tidak dilupakan. Sebagai contoh, anda diwajibkan bersembahyang ketika masuk waktunya.

Nilai-nilai kekeluargaan di dalam dan sesama pekerja dan BOSS di Farmasi Anis sering dititikberatkan. Aktiviti-aktiviti riadah, rumah terbuka, majlis harijadi, dsb (bila berkesempatan) telah menjadi lumrah di Farmasi Anis. Annual retreat seperti berkelah beramai-ramai selama beberapa hari, contohnya di kepulauan, kini telah dimulai dan akan diteruskan pada masa-masa hadapan.

Apa yang lebih penting ialah dengan bekerja dengan Farmasi Anis, anda dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman anda di dalam bidang farmasi ini. Perjumpaan-perjumpaan yang dikelolakan oleh Farmasi Anis setiap bulan akan memberi anda input-input berguna mengenai ubat-ubatan, pengurusan pelanggan, dsb.

Kami di Farmasi Anis pula mencuba sedaya upaya kami semoga pengalaman anda di Farmasi Anis adalah sebuah pengalaman yang manis, yang akan anda kenang sepanjang hayat anda.

Kini, anda boleh bermula dengan mengisi borang yang disertakan. Sila klik pada link di bawah: 

bullet

Word - doc (103Kb)

bullet

Word - Zip (13Kb)

bullet

PDF (74Kb)