WANITA: PERANCANG KELUARGA

Proses ovulasi

Telur yang dikeluarkan ovari menjadi matang setiap bulan. Pada pertengahan kitaran tersebut, iaitu lebih kurang 14 hari selepas hari pertama haid datang, telur ini dilepaskan. Proses ini dinamakan ovulasi. Hormon yang bertanggung-jawab dalam proses ini ialah FSH, LH, estrogen dan progesteron. Telur ini akan melalui tiub Fallopian dan di sini ia akan disenyawakan dengan sperma lelaki.

Pada masa yang sama, berlaku dua perubahan :

bullet

Mukus di sekeliling serviks menjadi nipis dan cair. Ini memudahkan sperma memasuki rahim dan sampai ke telur

bullet

Lapisan rahim menjadi lebih tebal. Ini supaya ia dapat menerima dan menyuburkan telur yang disenyawakan.

Sekiranya persenyawaan berlaku, telur akan berkembang menjadi janin. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan rahim yang tebal tersebut akan digugurkan. Proses inilah yang dinamakan haid atau datang bulan.

 

Pil perancang

Cara ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%. Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang dikeluarkan oleh badan :

bullet

Estrogen dan progestogen – seperti Nordette, Microgynon, Gynera, Marvelon, Minulet, Mercilon

bullet

Progestogen – jenama Noriday.

Jenis kedua (Noriday) kurang efektif tetapi sesuai untuk yang menyusukan anak. Ia sesuai juga untuk orang yang alahan dengan estrogen.

Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.

Bagaimanapun ada kesan-kesan sampingan pengambilan pil perancang :

bullet

Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A

bullet

Pening dan mual

bullet

Migraine

bullet

Muntah dan masalah-masalah perut

bullet

“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan

bullet

Sakit kepala

bullet

Buah dada menjadi tegang

bullet

Tekanan (depression)

bullet

Tekanan darah naik

bullet

Turun atau naik berat badan

Selain daripada dapat mencegah kehamilan, pil perancang juga memberikan kesan-kesan baik yang lain :

bullet

Pengeluaran darah haid berkurangan – ini membantu mengawal anaemia (kurang darah)

bullet

Peredaran haid lebih teratur

bullet

Mengurangkan sakit semasa kedatangan haid

bullet

Mengurangkan risiko PID – Pelvic Inflammatory Disease

bullet

Mengurangkan masalah jerawat (terutamanya jenama Diane-35)

bullet

Mengurangkan risiko barah buah dada dan uterus

bullet

Mengurangkan risiko hamil luar rahim

bullet

Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)

Peringatan :

bullet

Ambil pada masa yang sama setiap hari

bullet

Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya

bullet

Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan

bullet

Jenis yang lebih baru seperti Minulet, Mercilon, Gynera dan Marvelon menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding dengan yang lama

bullet

Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang

bullet

Pil perancang tidak memberi perlindungan terhadap penyakit seperti AIDS

bullet

Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

 

Cara-cara lain perancang keluarga

1. Condom

2. Secara semulajadi

Anda boleh mengamalkan cara ini iaitu dengan melakukan hubungan kelamin semasa anda tidak subur sahaja. Bagaimanapun peratus kejayaannya hanyalah 70% hingga 80%. Anda boleh menentukan waktu subur anda dengan cara-cara berikut:

bullet

Kira waktu ovulasi (pengeluaran telur). Biasanya ia terjadi 14 hari selepas hari pertama haid

bullet

Mengambil suhu badan. Suhu badan anda, periksa waktu pagi, meningkat pada permulaan ovulasi

bullet

Melihat mukus faraj anda. Ia menjadi jernih dan nipis semasa ovulasi.

3. Diafragma dan Kep Servikal (Diaphragm and Surgical Cap)

Kaedah ini menghalang sperma memasuki serviks, jadi ia tidak akan bertemu dengan telur yang dikeluarkan.

4. Spermasid

Bahan ini membunuh sperma.

5. Alat Kontraseptif dalam Rahim (Intra-Uterine Device, IUD)

Terdapat dua jenis IUD. Satu mengandungi kuprum dan yang satu lagi melepaskan hormon wanita. Pemasangannya tidak begitu menyelesakan dan ada kemungkinan berlaku jangkitan inflamasi pelvis.

6. Ligasi Tiub (Tubal Ligation)

Tiub Fallopian ditutup atau diputuskan.

7. Vasektomi (Pemandulan lelaki)

Saluran yang menyalurkan sperma lelaki diputuskan atau ditutup.

8. Norplant

Satu set tiub kecil dipasang di dalam lengan, di bawah kulit. Ia melepaskan hormon yang mencegah telur menjadi matang. Kaedah ini tidak sesuai untuk semua wanita.