 |
Kemalangan, jatuh dsb.
Sekiranya pesakit merasa kebas-kebas pada anggota kaki atau tangan, susah
untuk menggerakkan kaki atau tangan, ataupun pesakit menghadapi masalah
mengawal pembuangan air kencing atau air besar, dikhuatiri berlaku kerosakan
pada spinal cord. Sekiranya ini berlaku, pastikan pesakit tidak
digerakkan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera. Sekiranya kemalangan
tidak disertai dengan tanda-tanda serius di atas, kemungkinan berlaku cedera
ringan sahaja. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, aspirin,
dsb. di samping menggunakan cara-cara luaran seperti penggunaan 'hot water
bottle' pada tempat yang rasa sakit. Bagaimanapun sekiranya kemalangan
tersebut menyebabkan sakit yang kuat atau tidak sembuh dalam masa yang
sewajarnya (12 jam) sila dapatkan rawatan segera. |
 |
Jangkitan kuman yang
akute (acute) pada buah pinggang. Selalunya pesakit merasa sakit
pada kawasan kecil di bahagian belakang, atas sedikit daripada aras
pinggang. Jangkitan kuman juga menyebabkan pesakit merasa tidak selesa,
demam, dsb. Dapatkan rawatan segera dan doktor anda mungkin akan memberikan
antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. |
 |
Aktiviti lasak.
Aktiviti lasak seperti mengangkat benda berat dsb memberikan tekanan pada
tulang belakang anda. Anda boleh menghalang kejadian ini dengan mengamalkan
langkah-langkah yang perlu semasa duduk, tidur atau mengangkat barang-barang
berat. |
 |
Slipped disk.
Ia boleh berlaku selepas aktiviti-aktiviti lasak. Antara tanda 'prolapse
slipped disc' ini ialah sakit yang kuat sehingga pesakit tidak boleh
bergerak dengan baik atau sakit sehingga ke bawah kaki. Dapatkan rawatan
dari pakar. Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes tertentu. |
 |
Ankylosing spondylitis.
Sakit yang berlaku mula secara beransur-ansur. Ia selalunya berlaku pada
mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Rawatan segera diperlukan. pesakit
mungkin perlu menjalankan rawatan phisioterapi |
 |
Lumbar spondylitis.
Penyakit ini adalah sejenis penyakit arthritis. Ia berlaku kerana proses
penuaan dan kerapa berlaku pada mereka yang berusia 45 tahun ke atas.
Dapatkan rawatan segera. |
 |
Cervical spondylitis.
Ia juga seperti lumbat sponylitis tetapi menyebabkan rasa sakit di bahagian
tengkok. Dapatkan rawatan segera. |
 |
Osteoporosis.
Sila lihat rencana
kalsium.htm |
 |
Mengandung.
Sila lihat rencana
hamil_sakitbelakang.htm |