 |
Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang
atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam
dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi
terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik
dalam keadaan ini.
|
 |
Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada
biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.
|
 |
Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah
pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.
|
 |
Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda
akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin
perlu dibuat segera.
|
 |
Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan
/ atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan)
yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara
injection.
|
 |
Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk
makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.
|
 |
Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan
terlebih tebal dsb.
|
 |
antibiotik
untuk membunuh kuman. Perlu diingat, penggunaan
berlebihan atau secara tidak teratur akan menyebabkan kesan jangkamasa
panjang yang buruk. Sila lihat
antibiotik.htm.
|
 |
paracetamol
seperti panadol syrup dsb. Ia digunakan untuk
mengurangkan demam dan juga rasa-rasa sakit badan yang dialami. Untuk kesan
yang lebih cepat ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini
dipanggil supp. atau nama penuhnya suppository) digunakan. Antara persediaan
yang ada di pasaran ialah paracetamol supp. dan voltaren supp (mengandungi
bahan diclofenac sodium). Penggunaan aspirin atau methylsalicylate
TIDAK dibenarkan.
|
 |
selain
paracetamol, ubat yang lebih kuat seperti ibuprofen boleh juga
digunakan untuk bayi berusia enam bulan ke atas. |
 |
decongestant iaitu ubat titis yang digunakan untuk merawat hidung yang
tersumbat.
|
 |
ORS iaitu oral rehaydration salt dalam bentuk serbuk yang dimasukkan ke
dalam air dan diberi minum. ORS mengandungi bahan-bahan mineral untuk
menggantikan cecair badan yang hilang akibat peluh dan / atau cirit-birit.
|