BAYI: SAKIT KUNING
Neonatal jaundice adalah keadaan
yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi
mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.
Tanda-tanda
Sakit kuning ini dapat dilihat
tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain
daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia
bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat.
Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.
Kenapa ini
berlaku
Sakit kuning ini disebabkan oleh
bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna
kuning.
Semasa dalam kandungan, bahan
kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut). Setelah seseorang bayi itu
dilahirkan, fungsi-fungi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut.
Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru
lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap
orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi
dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.
Adakah ia
merbahaya
Selalunya keadaan ini tidak
merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia
semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia
dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari
atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin
merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.
Ini mungkin terjadi bila bilirubin
semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya
ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan
boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.
Perkara-perkara
lain
 |
Bayi yang disusukan
berkemungkinan mendapat sakit kuning. Ia dipanggil Breast Milk Jaundice dan
berlaku dalam 1 hingga 2% bayi sahaja. Breast Milk Jaundice bermula agak
lewat iaitu lebih kurang pada hari kelima kelahiran dan ia boleh menjangkau
sehingga enam minggu. Antara yang boleh dilakukan ialah
penyusuan diberhentikan untuk beberapa hari. Pemberian susu formula atau
susu kambing (dalam masyarakat Melayu) menyebabkan sakit kuning ini sembuh
dengan cepat. Bagaimanapun, keadaan bayi yang
memerlukan pemakanan yang sepatutnya pada saat awal kelahiran harus
dipertimbangkan sebelum pemberhentian susu badan dilakukan. Sekiranya anda
dinasihatkan melakukannya, anda digalakkan menggunakan breast pump pada
hari-hari anda tidak menyusukan bayi tersebut - ini adalah untuk mengekalkan
ransangan pada buah dada dan pengeluaran susu. Pemberian susu menyebabkan
bayi lebih banyak membuang air dan ini boleh membantu menyingkirkan
bilirubin di dalam badannya. Meconium, iaitu najis bayi yang mula-mula
keluarkan mengandungi banyak bilirubin. Pembuangan air yang kerap bermakna
lebih banyak bilirubin dibuang dan ini bermakna kemungkinan untuk bayi
mendapat sakit kuning adalah lebih kurang. Bayi yang diberi susu ibu
sekurang-kurangnya lapan kali sehari lebih jarang menghidap sakit kuning. |
 |
Neonatal jaundice disebabkan
oleh hati yang tidak boleh memproses pembuangan bilirubin di dalam badan,
dan bukannya kerana jangkitan kuman atau virus hepatitis dsb. Oleh itu,
kenyataan yang mengatakan bahawa susu mengandungi kolestrum yang
meningkatkan daya tahan sakit (immuniti) adalah tidak berkaitan. |
 |
Tidak ada langkah-langkah
pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja
melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini. |
 |
Sinaran UV di dalam cahaya
matahari (pagi dan petang semasa matahari tidak terik) membantu penukaran bilirubin kepada bahan yang boleh larut di dalam
air. Bahan ini kemudiannya dengan mudah dibuang melalui air kencing dan
najis besar bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi hendaklah tidak didedahkan
pada jangka waktu yang panjang kerana kulitnya yang nipis dan sensitif.
Selain daripada itu, phototherapy juga boleh dijalankan. Bayi perlu
diletakkan dalam bilik yang agak terang. |
 |
Pemberian ubat, herba dan
sebagainya tidak dibenarkan. Ini kerana hati bayi yang mengalami jaundice
masing belum matang dan tidak berupaya memproses ubat atau herba yang
diberi. Sebaliknya ia mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. |
 |
Pathological Jaundice adalah
keadaan di mana sakit kuning ini disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu
seperti jenis darah ABO atau Rhesus yang tidak serasi, jangkitan, sakit hati
(liver damage) dan sebagainy. Oleh itu adalah penting rawatan lanjut dibuat
sekiranya sakit kuning tidak sembuh dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. |