BAWANG PUTIH
Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk
tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang
dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan
boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan
kanser.
Antara bahan aktif garlic
ialah :
 |
alliin - dalam garlic yang segar |
 |
allicin |
 |
diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau
seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic) |
 |
ajoene |
Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain.
Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis
anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.
CVD (Cardiovascular
disease)
Garlic telah didapati membantu dalam
perkara-perkara ini :
 |
mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan
triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan
kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati
kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic.
Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah
(atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam
saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan
atherosclerosis - sila lihat di bawah. |
 |
mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku
(blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden
seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb,
pemakanan yang banyak lemak dsb.
|
 |
membantu mencairkan blood clot yang sedia ada.
Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
|
 |
mengurangkan berlakunya proses
atherosclerosis. |
 |
mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana
beberapa sebab :
 |
garlic membuang bakteria yang tidak baik
dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik. |
 |
garlic mempunyai kesan diuretik iaitu
pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah. |
 |
garlic menyebabkan prostaglandins (sila
lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran
darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah. |
|
Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD
ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA). Sila rujuk
dha.htm
Kanser
Garlic mungkin sangat baik untuk membantu
mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko
mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga
mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara
termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil
garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk
pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.
Kelebihan-kelebihan lain
 |
Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish
untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus. |
 |
Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia
berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus. Sila
lihat rencana ulser.htm. |
 |
Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah
membuang air (sembelit). |
 |
Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri
antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis
dan jerawat. |
 |
Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam
masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi). |
 |
Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana
ia boleh mengurangkan kadar gula. |
 |
Salah satu bahan aktif garlic, ajoene,
didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas
enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap.
Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara
in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase
adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical). |
Perkara-perkara lain
 |
Garlic yang tidak berbau (odourless garlic)
tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan
garlic tersebut. |
 |
Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama
dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik. |
 |
Kesan sampingan garlic termasuklah
ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi
'busuk' - terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic. |
|