GOUT
Gout
terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini
terjadi kerana dua sebab utama :
 |
badan
menghasilkan lebih asid uric
|
 |
asid
uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan
|
Asid
yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi
menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan
membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).
Siapakah
orang selalu menghidap penyakit ini ?
Ia sering terjadi pada lelaki yang berusia 30
tahun ke atas. Perempuan juga mengalami masalah ini, terutamanya selepas putus
haid (menopause). Keturunan juga memainkan peranan yang penting. Antara
sebab-sebab lain ialah pengambilan alkohol berlebihan, tekanan (stress) dan
penyakit-penyakit tertentu seperti leukemia.
Tanda-tanda
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
 |
sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari
kaki |
 |
sendi menjadi merah, bengkak dan panas |
 |
demam |
Apa yang perlu anda lakukan
?
Dapatkan rawatan professional dari doktor anda.
Selain daripada itu, anda bolehlah mencuba langkah-langkah ini :
 |
rehat secukupnya bila sendi terasa sakit.
Jangan banyak bergerak |
 |
minum air yang banyak |
 |
kurangkan makanan yang mengandungi purine.
Antaranya ialah daging lembu, makanan laut, ikan bilis, kekacang,
kacang soya, buah ciku, cendawan dan beberapa jenis sayuran. Oleh kerana
makanan ini selalunya banyak vitamin B, pengurangan pengambilan makanan ini
hendaklah disertai dengan pengambilan vitamin B kompleks |
 |
jangan ambil tomato dan oren |
 |
jangan minum minuman beralkohol (bagi yang
Islam - benda tu haram) |
 |
lebihkan pengambilan buah cherry, hawthorn
berries dan blueberries untuk mengurangkan radang |
 |
tambah vitamin C dalam pemakanan |
 |
tambah asid folik yang berupaya mengurangkan
pengeluaran asid uric |
Ubat-ubatan
Untuk menahan sakit
 |
NSAIDs (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs)
terutamanya Indomethacin. Ubat-ubat jenis ini selalunya menyebabkan masalah
gastrik. Ia hendaklah diambil selepas makan, atau bersama-sama ubat
anti-asid seperti Gelusil dsb. |
 |
Corticosteroids (steroid). |
 |
Colchicine. Ubat ini tidak menyebabkan fluid
retention, oleh itu sesuai untuk orang yang menghadapi masalah jantung.
Bagaimanapun, antara kesan sampingan yang ketara ialah rasa pening dan
cirit-birit. |
 |
Pengambilan Aspirin atau ubatan yang
mengandungi salicylate TIDAK dibenarkan untuk pesakit gout. |
Untuk menambah pembuangan
asid uric
 |
Ubat-ubat ini dinamakan uricosuric drugs.
Antara yang selalu digunakan ialah Probebecid. Ubat-ubat jenis ini tidak
boleh digunakan sekiranya ada tanda-tanda pesakit menghidapi batu karang. |
Untuk mengurangkan
penghasilan asid uric
 |
Ubat yang paling selalu digunakan ialah
Allopurinol (Jenama original Zyloric). Ada individu yang tidak boleh
mengambilnya kerana ia menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti ruam dan
masalah-masalah yang berkaitan dengan perut di kalangan mereka. |
|