HAMIL: ANGIN PERUT Masalah kejadian angin di dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus. Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan meningkat. Walaupun begitu, ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi yang ada di dalam kandungan tersebut. Bagi usia kandungan yang lebih daripada lima bulan, tekanan di dalam perut berlaku kerana pertumbuhan bayi yang semakin membesar. Tekanan (pressure) ini menyebabkan kandungan perut (cecair dsb) memasuki esophagus. Tambahan pula injap di antara perut dan esophagus (sphincter valve) yang selalunya menghalang perjalanan cecair dari perut ke esophagus ini tidak dapat berfungsi dengan cekap bagi wanita yang mengandung. Apa yang boleh anda lakukan ?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai masalah berkaitan anda boleh membaca rencana sebelum ini. Ia juga boleh dilihat di www.anispharmacy.com/gastrik.htm |