HAMIL: YANG PERLU DIHINDARI /
DIKURANGKAN
Pengambilan makanan, minuman dan ubat-ubatan
tertentu semasa hamil mungkin tidak dibenarkan kerana ia akan memberikan
kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang
dikendong. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor
sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.
Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi
ialah:
 |
Alkohol. Pengharaman alkohol oleh
agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu
hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal
dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepat melalui plasenta tetapi
proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan
kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus. |
 |
Kafein. Pengambilan minuman atau makanan
berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb
dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang
kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga
merosakkan kandungan kalsium tulang anda (sila lihat rencana terdahulu
mengenai kalsium). |
 |
Rokok. Merokok semasa mengandung
dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah.
Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga
dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah
keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok. |
 |
Ubat-ubatan. Ada ubat-ubatan yang
mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk
kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya
pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil). |
 |
Gula. Pengambilan gula
berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa
mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya. |
 |
Vitamin A. Pengambilan vitamin A yang
tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati
boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi.
Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat
jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita
hamil mengambil beta caroten seperti karot dsb. Beta caroten ini akan
ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan
vitamin A. |
 |
Raksa. Mungkin kita belum pernah mendengar
orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam
kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna,
makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh
menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. |
 |
Makanan mentah. Kita juga jarang mendengar
orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah (atau dimasak
sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh
menyebabkan komplikasi yang buruk:
 |
Toxoplasmosis.
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh
parasit yang didapati
dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan
intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in juga
didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih. |
 |
E.coli (bunyinya
E.kolai).E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di
dalam daging yang tidak dimasak. |
 |
Salmonella. Salmonella hadir
dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini boleh
menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin
membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan cepat kerana ia
akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga
boleh menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping
masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.
|
 |
Listeria. Bakteria jenis ini
boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik.
Kuman jenis ini boleh menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi.
Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman ini
(asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema.
Listeriosis telah
diketahui boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan
keracunan. |
 |
Cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh
menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidaklah memberikan kesan langsung
kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang
diperlukan oleh bayi anda. |
|
 |
Herba. Pengambilan herba secara
kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor
atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba
yang tidak dibenarkan pengambilannya semasa hamil seperti cohosh,
sliperry elm, dsb. |
 |
Makanan
berempah (spicy food) dan juga berasid. Makanan berempah dan berasid
boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan wanita
hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan
lagi keadaan. |
 |
Makanan
lebihan. Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan
dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman. |
 |
Pemanis tiruan. Pemanis tiruan sering
digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengurangkan kandungan kalori
gula. Ia juga digunakan oleh orang yang ingin menjaga berat badan
mereka. Antara yang sering diperkatakan ialah Aspartame (jenama EQUAL,
PAL-SWEET, SLIM-UP, dan juga dalam minuman bertin) dan Saccharin.
Saccahrin kini tidak lagi digunakan di Malaysia. Selain
saccharine, bahan tiruan lain yang perlu dijauhi ialah
cyclamates.
Aspartame mengandungi phenylalanine, sejenis asid amino yang merbahaya
untuk kanak-kanak yang menghidapi phenylketonuria, sejenis penyakit yang
jarang berlaku. Selalunya ia tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi
sebagai langkah penjagaan, penggunaan barangan ini masih lagi dibolehkan
asalkan dalam kuantiti yang sederhana.
|
 |
Makanan
yang diproses. Makanan jenis ini seperti hotdog dsb mungkin
mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan tidak baik
untuk kesihatan, oleh itu hendaklah dikurangkan pengambilannya. |
 |
Bahan-bahan lain. Kebanyakan bahan-bahan tambahan seperti additif
adalah selamat digunakan (ingat, ambil dalam kuantiti yang sederhana
sahaja). Antara yang sering diperbincangkan dan perlu dijauhi ialah:
 |
MSG
(monosodium glutamate) seperti di dalam Ajinomoto. |
 |
Pewarna
tiruan terutamanya blue 1, blue 2, green 3, red 3 dan yellow 6. |
|