HOMOCYSTEINE Siapakah yang berisiko tinggi menghidapi sakit jantung ? Telah diketahui umum, bahawa antara faktor yang meningkatkan risiko anda mendapatkan sakit jantung ialah :
Kajian menunjukkan hampir 35% daripada serangan sakit jantung berlaku ke atas mereka yang mempunyai kolesterol total yang normal. Mengapa ini berlaku ? Kini ada satu lagi faktor yang telah dikenalpasti, iaitu kandungan homocysteine (homosistin) di dalam badan anda. Kadar homocysteine yang tinggi menyebabkan anda mudah mendapat sakit jantung. Dianggarkan keseriusannya adalah sama dengan mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi atau mereka yang merokok.
Homocysteine Homocysteine adalah satu bahan yang dihasilkan di dalam badan kita bila badan mencerna protein dari makanan. Homocysteine adalah diperlukan untuk membina dan mengekalkan tisu badan kita. Bagaimanapun kandungannya yang tinggi telah dikaitkan dengan kejadian sakit jantung dan stroke. Tahap kandungan homocysteine yang tinggi mungkin menggalakkan kecederaan pada dinding saluran darah arteri oleh kolesterol atau bahan lain. Ini mungkin akan menyebabkan saluran tersebut mengecil atau tertutup terus. Bila ini berlaku, darah tidak boleh mengalir dengan baik dan ia menyebabkan stroke. Dalam keadaan biasa, di dalam badan individu yang sihat, homocysteine yang berlebihan akan dikeluarkan daripada badan dengan cepatnya. Dengan bantuan vitamin tertentu, hati (liver) akan menukar homocysteine kepada asid amino yang boleh digunakan oleh badan atau dipecahkan. Sekiranya tidak digunakan ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Peningkatan tahap homocysteine yang tinggi mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin tertentu di dalam badan. Sesetengah individu pula mengalami masalah perncernaan dan metabolisma homocysteine secara keturunan.
Langkah-langkah Antara perkara yang perlu diambil kira mengenai kadar homocysteine di dalam badan :
|