HYDROQUINONE |
Hydroquinone dan kegunaannya
Hydroquinone adalah sejenis bahan penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Nama kimianya ialah 1,4 dihydroxybenzene
Hydroquinone yang diletakkan pada kulit anda menyebabkan terjadi proses de-pigmentasi (iaiatu proses di mana pigment di buang dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih cerah). Ini berlaku kerana hydroquinone menghalang proses penukaran tyrosine kepada dopa dan menghalang proses-proses metabolisma yang berkaitan dengan melanocyte. Proses de-pigmentasi ini adalah proses yang reversible (iaitu keadaan asal boleh didapati semula setelah penggunaan hydroquinone diberhentikan).
Oleh itu ia digunakan untuk keadaan-keadaan tertentu seperti chloasma, melasman, freckles, senile lentigines, dan melanin hyperpigmentation.
Ia memasuki badan anda melalui sistem pernafasan, melalui kulit dan mulut (contohnya tertelan). Kandungan bahan ini didapati tinggi di bahagian hati dan buah pinggang.
Siapa yang tidak boleh menggunakannya
![]() |
orang yang alahan pada produk ini |
![]() |
mengandung dan menyusukan bayi |
![]() |
budak berusia kurang 12 tahun |
Kesan-kesan sampingan
![]() |
rasa sakit pada kulit (menyengat) kerana ia menghakis kulit |
![]() |
kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan kerosakan teruk pada mata (buta) sekiranya terdedah kepada bahan ini |
![]() |
kulit menjadi kering |
![]() |
batuk dan susah bernafas (sekiranya tersedut) |
![]() |
sekiranya termakan kulit boleh menjadi biru, rasa pening kepala, sakit kepala, berpeluh, rasa dahaga, cirit-birit, sakit perut, sukar bernafas, muntah, tinnitus (bunyi di dalam telinga) dan sebagainya. Boleh menyebabkan respiratory failure (tidak boleh bernafas) |
![]() |
kulit menjadi sensitif, contohnya pada cahaya |
![]() |
erythema (kulit menjadi merah kerana saluran darah di bahagian yang kena hydroquinone mengembang) |
![]() |
ada bukti yang menyatakan bahawa bahan ini boleh menyebabkan kanser |
![]() |
penggunaan yang selalu atau jangkamasa lama menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti dermatitis dsb. Ia mungkin menyebabkan masalah genetik (keturunan) |