KESIHATAN REPRODUKTIF (PERANAKAN)
Definisi
Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia
bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif
(sistem peranakan).
Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan
dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.
Kesihatan seksual
 |
Kesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif. |
 |
Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan
bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak. |
 |
Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala
tanggungjawab yang berkaitan dengannya. |
Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga ?
 |
Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalam masyarakat. |
 |
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang
mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. |
 |
Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan
sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga. |
Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga
Peranan suami isteri
 |
Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah
berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara
satu sama lain. |
 |
Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam
perhubungan seksual. |
 |
Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak
kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka. |
 |
Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda. |
 |
Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu. |
Peranan ibu bapa
 |
Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga
diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. |
 |
Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan
reproduktif. |
 |
Melindungi anak-anak daripada penderaan seks. |
 |
Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang
pencabulan. |
 |
Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan
sewajarnya. |
 |
Mengajar batasan dalam pergaulan. |
Peranan keluarga
 |
Setiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan
keluarga. |
 |
Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai
positif kepada generasi muda. |
 |
Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk
perlindungan dan kasih sayang. |
 |
Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yang sihat. |
 |
Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-hal
kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan
yang bijak. |
Kitaran reproduktif
Bayi dan anak
 |
Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem
reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi
sepenuhnya. |
 |
Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap
kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ
seks mereka. |
 |
Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal :
 |
di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele,
undescended testis dan inguinal hernia |
 |
di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina |
|
Peringkat remaja
 |
Pada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahan lain
yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikut jantina.
Perubahan ini dikawal oleh hormon seks. |
 |
Remaja perempuan - ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen. Ini
mengakibatkan :
 |
pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan
berubah |
 |
penghasilan ovum dan kitaran haid |
 |
bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian
ari-ari |
 |
jerawat mula tumbuh |
 |
suara mungkin berubah dari suara
keanak-anakan kepada suara yang lebih matang |
|
 |
Remaja lelaki - testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon
ini membuatkan lelaki :
 |
tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada
badan seperti misai dan janggut |
 |
suara mulai garau |
 |
menggalak pembinaan otot |
 |
mulai menghasilkan sperma |
 |
bahu dan dada menjadi bidang |
 |
jerawat mula tumbuh |
 |
mengalami mimpi yang mengghairahkan
sehingga mengeluarkan air mani |
 |
zakar dan buah zakar mula membesar |
|
Persediaan untuk berumahtangga
 |
Ibu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak
agar bijak memilih teman hidup yang sesuai. |
 |
Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih
sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah
tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama. |
 |
Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan
saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang
sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni. |
 |
Persediaan perkahwinan termasuklah :
 |
Memahami fungsi organ seks |
 |
Memastikan diri dan pasangan sihat dan
bebas daripada penyakit |
 |
Mengetahui perilaku seks yang selamat |
 |
Mengetahu mengenai perancangan keluarga |
|
Persediaan untuk menimang cahaya mata
 |
Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan
emosi yang akan terjadi semasa kehamilan. |
 |
Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal
dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan. |
 |
Ini termasuklah :
 |
Pemakanan sihat |
 |
Senaman |
 |
Menghentikan tabiat buruk seperti merokok,
meminum arak dan mengambil dadah |
 |
memahami proses kehamilan, kelahiran dan
kepentingan penyusuan susu ibu |
|
 |
Suami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab
sebagai bapa, antaranya :
 |
Hentikan tabiat buruk seperti merokok,
meminum arak dan mengambil dadah |
 |
Peka kepada perubahan emosi dan fizikal
isteri yang hamil |
 |
Mengikut perkembangan kehamilan bersama
isteri |
 |
Menggalakkan isteri mendapatkan
pemeriksaan ante-natal awal dan berkala |
 |
Merancang kelahiran yang sihat |
 |
Membuat persiapan untuk menyambut
kehadiran bayi |
|
Pembentukan keluarga bahagia
 |
Kebahagian keluarga akan tercapai sekiranya
keluarga itu dirancang kerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada
kesejahteraan semua ahlinya. |
 |
Eleman-eleman keluarga bahagia :
 |
Kasih sayang dan persefahaman |
 |
Perlindungan fizikal, mental dan emosi |
 |
Pengasuhan, pendidikan dan bimbingan |
 |
Keadilan |
 |
Kestabilan ekonomi rumahtangga |
 |
Penjagaan kesihatan setiap ahli keluarga |
|
Keluarga terancang
 |
Menentukan bilangan anak yang diingini
berdasarkan keupayaan kesihatan anda |
 |
Memastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi
untuk menyusukan bayi |
 |
Suami perlu menyokong secara aktif kaedah
perancangan keluarga yang dipersetujui bersama |
Persediaan menghadapi
klimakterik
Setiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila
ia melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidak
reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.
Klimakterik di kalangan
wanita adalah :
 |
Menopos (putus haid) |
 |
Perubahan emosi dan seksual |
 |
Peningkatan penyakit seperti osteoporosis,
penyakit jantung dan mudah mendapat jangkitan |
Tanda-tanda awal menopos adalah :
 |
Perasaan panas (hot flush) |
 |
kekeringan faraj |
 |
Berpeluh malam |
 |
Keletihan |
 |
Kesukaran untuk tidur |
Klimakterik di
kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelaki berumur).
Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan ini membawa kepada
gejala-gejala berikut :
 |
Kurang daya dan minat seks |
 |
Kurang keyakinan diri |
 |
Kurang daya tumpuan |
 |
Kemurungan |
 |
Rasa mudah tersinggung |
 |
Sukar untuk tidur |
 |
Kegelisahan |
 |
Sakit tulang dan sendi |
 |
Kelenturan kulit |
Gejala-gejala klimakterik
boleh dikurangkan dengan :
 |
Amalkan pemakanan yang sihat |
 |
Bersenam |
 |
Berhenti merokok |
 |
Pemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan
pemeriksaan pap smear secara berkala (wanita) |
 |
Tidur yang mencukupi |
 |
Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru |
 |
Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin,
ubat herba dan sebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyak |
 |
Bagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh
mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang
terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih |
Kegemilan hidup dalam usia
emas
 |
Usia tua adalah satu fasa dalam perjalanan
hidup. Ia boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna. |
 |
Anda juga boleh terus menikmati hubungan
seksual seperti biasa. |
Isu-isu berkaitan
Seks selamat
 |
Perhubungan seks hanya dalam konteks
perkahwinan |
 |
Menggunakan kaedah perancangan keluarga
sekiranya dinasihatkan demikian |
 |
Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan
lengkap jika ada jangkitan kelamin |
 |
Elakkan hubungan seks berisiko :
 |
Memulakan aktiviti seks pada usia awal |
 |
Hubungan seks dengan berbilang pasangan |
 |
Hubungan seks rambang |
 |
Memperdagangkan seks / pelacuran |
 |
Pasangan yang membuat hubungan dengan
berbilang pasangan seks |
 |
Hubungan seks luar nikah |
|
Jangkitan kelamin
 |
Jenis-jenis jangkitan kelamin
 |
Chlamydia |
 |
Trichomoniasis |
 |
Sifilis |
 |
Gonorrhoea |
 |
HIV |
 |
HPV |
 |
Hepatitis B |
 |
Herpes |
|
 |
Implikasi kesihatan
 |
Kerosakan pada sistem peranakan dan
seterusnya menyebabkan kemandulan |
 |
Penyakit AIDS adalah akibat daripada
jangkitan HIV |
 |
Penyakit lain seperti sifilis meningkatkan
kemungkinan transmisi HIV / AIDS |
|
 |
Kesan kepada janin
 |
Kematian dalam kandungan |
 |
Kelahiran tidak cukup bulan |
 |
Perkembangan janin yang tidak normal |
 |
Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin
dan menyebabkan penyakit apabila bayi dilahirkan |
|
 |
Pencegahan
 |
Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan
produktif |
 |
Mengamalkan seks selamat |
|
Penderaan seks
 |
Perhubungan seks tanpa persetujuan |
 |
Hubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja
di bawah usia 16 tahun, walaupun dengan persetujuan mereka |
 |
Selalunya berkaitan dengan keganasan |
 |
Peristiwa yang traumatik yang memberi kesan
mendalam kepada mangsa dan keluarga |
 |
Mangsa mungkin mengalami :
 |
Masalah seksual |
 |
Mengamalkan tingkah laku seks yang
berisiko |
 |
Mengalami tekanan emosi |
|
Langkah pencegahan
penderaan seks
 |
Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi
ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks |
 |
Pendidikan seks mengikut tahap umur |
 |
Mengetahui batas-batas perhubungan |
 |
Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku
seks |
 |
Mendapatkan rawatan awal |
|